PUTRAJAYA: Peniaga yang menaikkan harga barangan jualan tanpa mematuhi perundangan pencatutan boleh didakwa melakukan kesalahan mencatut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya memandang serius situasi harga barangan keperluan pengguna yang tidak terkawal, termasuk minyak masak botol di pasaran kerana ia penyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.
"Ketetapan tindakan terhadap kenaikan harga barangan terlalu tinggi ini juga terpakai kepada minyak masak botol yang ada di pasaran," menurutnya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Nanta berkata demikian susulan laporan media yang mendakwa harga minyak masak dalam botol bersaiz lima kilogram (kg) naik mendadak sejak Januari lepas iaitu dalam lingkungan RM28 hingga RM34 berbanding RM25 hingga RM27 pada tahun lepas.
Beliau berkata kenaikan harga barangan yang terlalu tinggi atau tidak terkawal adalah asas kepada suatu tindakan pemeriksaan dilaksanakan dan analisis pencatutan akan dilaksana selepas menerima maklum balas notis daripada peniaga.
"Justeru itu, KPDNHEP boleh melaksanakan tindakan berhubung harga minyak masak di bawah perundangan AKHAP 2011 melalui perundangan pencatutan.
"Peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(1) AKHAP 2011 dan sekiranya sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 sekiranya suatu perbadanan atau syarikat dan bagi bukan perbadanan atau individu pula boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Mengulas lanjut, Nanta berkata rekod aduan berhubung minyak masak botol yang dijual pada harga tinggi menunjukkan trend penurunan.
"Sejak Januari lepas, 16 aduan diterima kemudian telah menurun pada Februari iaitu hanya tiga aduan dan pada Mac, sejumlah lima aduan sahaja diterima manakala bulan ini pula tiada sebarang aduan diterima tentang harga tinggi untuk minyak masak botol.
"Ini seiring dengan data kutipan harga minyak masak (jenis tulen) botol lima kg yang menunjukkan harga terendah ada dijual di pasaran pada RM21.50 dan tertinggi RM30.00," katanya.
Beliau berkata minyak masak botol tidak diberikan subsidi dan akan dijual mengikut harga pasaran berdasarkan mekanisme pengapungan harga.
Nanta berkata harga pasaran minyak masak ditentukan oleh harga minyak sawit mentah dunia dan kos lain yang menyumbang kepada penentuan harga runcit minyak masak botol seperti kos operasi, kos bahan mentah dan kos pembungkusan.
"Berdasarkan data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia, harga minyak sawit mentah mengalami kejatuhan yang ketara bermula pada bulan Februari 2020 hingga Mei 2020.
"Namun harga minyak sawit mentah dunia kembali meningkat bermula Jun tahun lepas iaitu dalam lingkungan RM1,000/metrik tan (mt) dan kini melepasi RM4,000/mt," katanya.
Beliau berkata pada tahun ini, minyak mentah dunia semakin agresif menunjukkan peningkatan sehingga mencapai RM4,153/mt dan peningkatan harga minyak mentah dunia boleh memberi kesan kepada harga runcit minyak masak botol.
"Wajar dan munasabah situasi perubahan harga minyak mentah dunia ini memberi kesan kepada perubahan harga runcit minyak masak botol yang dijual di pasaran.
"Justeru itu, rakyat perlu memahami senario yang berlaku dalam menentukan perubahan harga pada barang keperluan seperti minyak masak botol," katanya.
Nanta juga berkata di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak, kerajaan memberikan subsidi untuk minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kg sahaja dan ia adalah relevan dengan kiraan nisbah penggunaan minyak masak bagi tujuan kegunaan isi rumah iaitu satu penduduk bersamaan dengan 1.5 kg untuk kegunaan sebulan.
"Sehubungan itu, sebagai kerajaan yang prihatin, program pemberian subsidi terhadap minyak masak dalam polibeg satu kg tetap diteruskan bagi memastikan rakyat terus dapat menikmati bekalan minyak masak untuk kegunaan isi rumah pada harga mampu milik iaitu RM2.50.
"Pengguna diberi pilihan untuk memilih minyak masak bersubsidi satu kg yang juga berkualiti atau memilih minyak masak botol yang ada dijual dalam pelbagai berat dan harga," katanya.
Beliau berkata setiap bulan sebanyak 60,000 metrik tan minyak masak satu kg bersubsidi diedarkan di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar dan jumlah pengeluaran serta pengedaran ini adalah mencukupi bagi kegunaan 32.7 juta rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021

NANTA: KPDNHEP boleh melaksanakan tindakan berhubung harga minyak masak di bawah perundangan AKHAP 2011 melalui perundangan pencatutan. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

PKP 3: Kerajaan laksana Skim Kawalan Harga, elak peniaga ambil kesempatan
Skim itu kebiasaannya dilaksanakan sepanjang musim perayaan sahaja, namun kerajaan melihat ia perlu dibuat pada tempoh PKP.