KUALA SELANGOR: Seorang peniaga nasi kukus tidak menyangka keputusan menyertai program perniagaan mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanannya apabila meraih jualan melebihi RM14,000 sebulan.
Lebih menggembirakan kata Mohd Hermi Shahuddin, 47, dia kini tidak lagi dibelenggu masalah pendapatan tidak menentu seperti dialami sebelum menyertai program IPR kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) itu, yang diperkenalkan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Ekonomi pada Mac tahun lepas.
Bapa kepada empat anak perempuan itu berkata sebelum menyertai program itu, dia hanya berniaga secara kecil-kecilan dengan membuka gerai di tepi jalan di kawasan Fasa 3 Bandar Puncak Alam di sini, selain mengambil tempahan makanan untuk majlis keraian di kawasan sekitar.
Menurutnya dengan pelbagai cabaran dihadapi seperti faktor cuaca, makanan tidak habis dijual selain perlu 'menutup kedai' untuk membawa seorang anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) bertemu doktor, kerja keras yang dilakukan hanya mampu meraih jualan tidak sampai RM8,000 sebulan.
“Perniagaan kami buat sebelum ini memang banyak cabaran dengan pendapatan boleh terjejas bila-bila masa sahaja kerana ada ketikanya makanan langsung tidak boleh dijual terutama ketika hujan lebat menyebabkan modal dan makanan pada hari tersebut kadangkala ‘hangus’ begitu sahaja.
“Saya juga mempunyai seorang anak OKU berusia sembilan tahun yang masih memerlukan perhatian dan jagaan penuh. Jika ada janji temu dengan doktor, memang saya dan isteri tidak boleh berniaga, jadi tidak adalah pendapatan untuk kami pada hari itu,” katanya kepada Bernama ketika meninjau mesin layan diri kendaliannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Selangor kampus Puncak Alam, baru-baru ini.
Mohd Hermi dan isterinya, Fadilah Hanum Abu, 47, yang kini mengusahakan perniagaan mesin layan diri di Kolej Angsana 2, UiTM Puncak Alam menyifatkan penyertaan mereka dalam program IPR sebagai tidak sia-sia, malah mereka juga tidak perlu mengeluarkan modal untuk penyediaan makanan dan bayaran sewa
kerana kos itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bagi tempoh dua tahun.
Dia berkata antara makanan yang dijual menerusi mesin layan diri itu adalah nasi lemak ayam goreng, nasi lemak pandan, roti kebab daging, roti sosej gulung, set bebola daging, popcorn ayam dan nasi ayam pedas, yang kesemuanya dimasak sendiri oleh mereka berdua.
"Semua makanan ini dijual pada harga RM2 ke RM5, dan bagi mengekalkan kualiti dan rasa, menu tersebut akan ditukar atau ditambah setiap enam jam dalam tempoh satu hari.
"Ini bermakna program IPR bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan malah memberi pilihan kepada orang ramai untuk membeli makanan siap masak pada harga berpatutan dan murah," katanya sambil berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan inisiatif yang menguntungkan rakyat.
Mohd Hermi berkata dia kini boleh memperuntukkan lebih masa bersama keluarga kerana perniagaan mesin layan diri itu boleh dipantau dari jauh menerusi aplikasi khas yang membolehkannya mengetahui status stok makanan atau berlaku sebarang masalah teknikal terhadap mesin tersebut.
"Saya berasa cukup bertuah kerana dipilih menyertai program IPR daripada ribuan permohonan yang diterima kementerian, dan pastinya program ini membuka prospek baharu kepada usahawan kecil seperti saya menjana pendapatan sekali gus meningkatkan nilai jualan sedia ada," katanya.
Sementara itu, Rektor UiTM Cawangan Selangor Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman berkata UiTM Cawangan Selangor (UCS) merupakan kampus IPTA pertama yang melancarkan mesin layan diri menerusi program IPR INSAN yang menjual makanan pada harga RM2 hingga RM5.
Menurutnya ketika ini sebanyak sembilan mesin layan diri IPR sedang beroperasi di Kampus Puncak Alam dan satu lagi dalam proses untuk memulakan operasi, selain merancang meluaskan lagi inisiatif tersebut ke fakulti dan kolej pengajian lain bagi memberi ruang kepada peserta IPR terpilih menjana pendapatan.
Ahmad Taufek berkata Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Bahagian Ehwal Pelajar UiTM turut memberi kursus keusahawan kepada kesemua 43 peserta IPR di UiTM seluruh negara dengan UCS merupakan peneraju kepada projek tersebut.
“Kursus ini merangkumi pertama modul wajib dengan semua peserta perlu menyertai kursus literasi kewangan dan modul kedua peserta diberi empat pilihan sama ada mengambil bahagian dalam kursus bantuan makanan, kursus pertanian, kursus perikanan atau kursus transformasi minda,” katanya.
Pada Mac tahun lepas, Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli melancarkan program mesin layan diri IPR dan kerajaan menyasarkan mesin berkenaan dapat diperluas kepada 5,000 penerima di bawah IPR INSAN pada tahun ini.
Menerusi inisiatif INSAN, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan yang dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama dua tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024

Mohd Hermi bersama mesin IPR yang diletakan di Kolej Angsana 2 UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam hari ini. - Gambar/ Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.