Kira-kira 1,200 peniaga dan penghantar makanan E-Bazar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjalani saringan awal COVID-19 bermula pada Rabu.
Datuk Bandar, Datuk Zainal Abu berkata saringan berkenaan adalah syarat yang dikenakan ke atas kedua-dua kumpulan itu dengan mengenakan bayaran RM10 seorang.
Menurut beliau, pengusaha makanan dan pembantu pula diwajibkan mengambil suntikan typhoid dengan bayaran RM60 seorang.
"Dalam mengekang wabak COVID-19 ini, kita perlu memikirkan langkah pencegahan serta keselamatan bukan sahaja melibatkan peniaga dan penghantar makanan, malah untuk melindungi pembeli, kita tidak ada tolak ansur," katanya kepada pemberita, pada Rabu.
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan air mineral kepada Hospital Melaka.
Sebanyak 42,000 botol air mineral bernilai RM18,375 diserahkan kepada Pengarah Hospital Melaka Dr Zaharimah Abdul Kadir untuk kegunaan pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di hospital berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 22 2020

Saringan berkenaan adalah syarat yang dikenakan ke atas kedua-dua kumpulan itu dengan mengenakan bayaran RM10 seorang. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Peniaga, penghantar makanan e-bazar MBMB jalani saringan awal COVID-19
Kira-kira 1,200 peniaga dan penghantar makanan e-bazar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) jalani saringan awal COVID-19 bermula Rabu.