IPOH: Peniaga putu mayam, Zaidi Zainal Abidin menceritakan dia dan keluarganya berdepan detik cemas apabila tebing bersebelahan rumah yang didiami mereka di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Gugusan Manjoi di sini, runtuh dalam kejadian petang Selasa.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Zaidi, 53, bersama ibunya, Salasiah Baharuddin, 73, serta anaknya Zulfazli Hakimi Zaidi, 20, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Zaidi, sebelum kejadian hujan lebat berlarutan sejak 3 petang dan kejadian arus deras di sekitar parit di kawasan rumahnya.
"Ketika itu, saya di ruang tamu bersama anak saya sedang asyik bermain telefon dan tiba-tiba terdengar bunyi kuat barangan terjatuh di luar rumah yang saya ingatkan ditiup angin.
"Kemudian bunyi jatuhan semakin berlarutan dan apabila saya keluar memeriksa, ada runtuhan tanah bersebelahan rumah. Khemah saya tempatkan barangan berniaga telah jatuh menyembah bumi," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Zaidi berkata walaupun masih trauma, beliau bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kecederaan atau insiden yang meragut nyawa.
"Saya maklumkan kepada penghulu untuk meminta bantuan dan kemudian sepasukan bomba hadir ke rumah. Dengan bantuan bomba dan semua pihak, van saya berjaya ditarik keluar dari kawasan bahaya.
"Malam semalam dan hari ini pun ramai pihak termasuk pemimpin masyarakat dan wakil Parlimen Tambun hadir, termasuk agensi kerajaan.
"Setakat ini kanvas telah dipasang untuk mengurangkan kesan runtuhan sedia ada," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Puncak Emas Infra Sdn Bhd (PEISB), Ir Saiful Azzuan Aznam berkata, pihaknya telah mengadakan lawatan ke lokasi kejadian bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi membuat penilaian.
"Hasil pemeriksaan mendapati kawasan terbabit bukan di bawah seliaan pihak PEISB namun pihak kita bersama MBI bersetuju untuk memasang kanvas pada cerun yang runtuh bagi mengelak hakisan lebih teruk berlaku.
"Kami juga akan membuat kajian kos pembaikan dan laporan terbabit akan diserahkan kepada pihak MBI untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Saiful Azzuan berkata PEISB juga turut mengambil langkah berjaga-jaga dan pemantauan berkala dilakukan di kawasan cerun berisiko di bawah seliaan mereka.
"Kami sentiasa bersedia terutamanya di kawasan yang dijangka banjir termasuk pembersihan sistem perparitan tersumbat, kejadian pokok tumbang, banjir kilat hingga menyebabkan jalan dinaiki air," katanya.
Pada Selasa, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak melaporkan seorang wanita warga emas antara tiga individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Manjoi dekat sini.
Bomba kemudian mengarahkan rumah tersebut dikosongkan sementara kerja-kerja menyelamat dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Zaidi menunjukkan kesan runtuhan tebing dalam kejadian hujan lebat petang Selasa di rumahnya di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Gugusan Manjoi, Ipoh, 8 Nov 2023 --fotoBERNAMA
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Peniaga putu mayam cerita detik cemas tebing rumah runtuh
Menurut Zaidi, sebelum kejadian hujan lebat berlarutan sejak 3 petang dan kejadian arus deras di sekitar parit di kawasan rumahnya.