KUALA TERENGGANU: Berbaki dua bulan lagi sebelum pelaksanaan larangan menjual telur penyu di Terengganu, kebanyakan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang telah pun bersedia untuk mematuhi peraturan tersebut.
Walaupun berasa sedikit terkilan kerana tidak lagi dapat memenuhi permintaan pelanggan tetap yang menggemari telur eksotik itu, mereka akur dengan keputusan kerajaan Terengganu demi memastikan usaha konservasi secara maksimum dapat dicapai.
Bagi Hayati Mad Zain, 54, beliau mengakui ramai pelanggan tetapnya yang masih berharap beliau akan terus menjual telur penyu, walaupun setelah larangan itu dikuatkuasakan 1 Jun depan.
"Saya tidak mahu ambil risiko didenda atau dihukum kerana melanggar peraturan. Sebagai peniaga, saya patuh sahaja larangan tersebut, walaupun telur penyu adalah antara jualan yang paling laris di gerai saya ini," katanya yang berniaga di pasar tumpuan pelancong itu sejak berusia 11 tahun, mengikut ayahnya.
Ketika ini, terdapat tujuh peniaga telur penyu di Pasar Besar Kedai Payang dan Hayati antara peniaga yang sering dicari pelanggan, kerana stok jualannya sentiasa banyak dan Hayati juga menjual telur yang sedia dimakan kerana ia sudah siap dijeruk serta direbus.
Seorang lagi peniaga Zainab Mohd Elias, 48, berkata beliau baru sahaja mencuba nasib menjual telur penyu sejak dua tahun lepas, sebagai 'produk jualan' tambahan di gerai kuih tradisionalnya.
"Selain kain batik, sutera dan keropok keping, telur penyu juga adalah antara daya tarikan orang ramai ke pasar ini, kerana hanya Terengganu sahaja yang masih membenarkan penjualan telur penyu di Malaysia.
Beliau mengakui ada pelanggan membeli telur penyu untuk dimakan sebagai ubat sakit lutut, dan mendakwa ia mujarab walaupun tiada kajian saintifik yang membuktikan dakwaan itu.
Pada November tahun lepas, kerajaan Terengganu telah meluluskan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, untuk mengelakkan kepupusan hidupan marin yang semakin terancam itu.
Pindaan itu antara lain, akan mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan penyu, dengan menetapkan kadar denda yang lebih tinggi terhadap kesalahan kacau ganggu dan membunuh penyu, iaitu RM50,000 hingga RM250,000 berbanding hanya RM3,000 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Larangan menjual telur penyu adalah untuk mengelakkan kepupusan hidupan marin yang semakin terancam itu. - Foto fail
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
agenda 9pm 0502
Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Tiga nelayan Labuan selamatkan telur penyu, ikan lumba-lumba dapat pengiktirafan
Tiga nelayan menerima pengiktirafan daripada Jabatan Perikanan Labuan hari ini berikutan penemuan telur penyu dan berjaya menyelamatkan ikan lumba-lumba di perairan pulau bebas cukai itu.
Dipenjara setahun, denda RM50,000 miliki 1,769 biji telur penyu
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 terhadap seorang lelaki warga Filipina atas kesalahan memiliki 1,769 biji telur penyu hijau tanpa izin.
PGA Sarawak rampas 11,700 telur penyu bernilai lebih RM100,000
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 13 kotak mengandungi 11,700 biji telur penyu bernilai RM109,250 dan menahan dua lelaki tempatan.
Peniaga telur penyu di Pasar Payang akur larangan penjualan
Kebanyakan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang telah pun bersedia untuk mematuhi peraturan tersebut.
Tiga penyu Agar ditemukan di tiga lokasi berasingan di Terengganu
Tiga bangkai penyu Agar ditemukan di tiga lokasi berasingan dalam tempoh tidak sampai 25 jam.
PGA gagalkan cubaan seludup masuk 4,800 telur penyu
Pemeriksaan lanjut menemui 19 plastik berisi telur penyu yang dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan.
DUN Terengganu lulus enakmen haram jual telur penyu
Persidangan DUN Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021), yang antara lain akan mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan spesies hidupan marin itu.
46 anak penyu karah diselamatkan orang awam di Port Dickson
Anak penyu itu ditemukan Abd Jamil dan keluarganya yang sedang beriadah di lokasi itu pada kira-kira 11 pagi.
'Itu telur ayam yang dikupas kulitnya, bukan telur penyu' - Bung Moktar
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menafikan tuduhan liar di media sosial yang mendakwanya tidak sensitif dengan hidangan 'terlarang' telur penyu.
Tiada pembeli pasti tiada penjual, elak kepupusan penyu - FOSTER
Sanggup berdepan risiko kesihatan, tidak peduli undang-undang dan hukum memakan haiwan dua alam menjadi punca utama kepupusan spesis penyu.