Peningkatan Malaysia dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) pada 2019 menunjukkan keberkesanan pelbagai usaha antirasuah dan inisiatif pembaharuan institusi oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang 2019.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata inisiatif berkenaan termasuk pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang menggariskan 22 strategi dengan 115 inisiatif antirasuah untuk menentang rasuah dalam semua sektor di seluruh negara.
Beliau berkata inisiatif pembaharuan institusi utama yang lain turut diperkenalkan seperti perisytiharan harta oleh semua menteri, ahli Parlimen dan perdana menteri, memperkenalkan undang-undang untuk mengehadkan tempoh perdana menteri dalam jawatan dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
"Bagaimanapun, ini adalah permulaan kepada perjalanan yang panjang dengan banyak lagi pembaharuan institusi akan dibentangkan pada tahun 2020.
"Ini termasuk pengukuhan kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Parlimen dengan memperkenalkan semula Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen.
"Kami juga ingin menggantikan Akta Rahsia Rasmi 1972 dengan Akta Kebebasan Maklumat yang baharu dan mengukuhkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk mendapatkan lebih kekebalan dan ruang untuk pemberi maklumat mendedahkan informasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Malaysia telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 51 daripada 180 negara dalam CPI TI untuk 2019, menunjukkan peningkatan dalam menangani rasuah.
Skor Malaysia juga meningkat kepada 53 daripada 100 mata dalam tinjauan CPI, peningkatan daripada 47 mata yang diperoleh pada tahun sebelumnya.
Skor dan kedudukan CPI itu adalah berdasarkan 13 tinjauan dan penilaian pakar yang mengukur tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara pada skala daripada sifar (dianggap tinggi rasuah) ke 100 (paling bersih).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 24 2020

LIEW: Ini adalah permulaan kepada perjalanan yang panjang dengan banyak lagi pembaharuan institusi akan dibentangkan pada tahun 2020. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar - Fahmi
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar dan tidak boleh didedahkan.

Mahkamah Rayuan mahu lihat laporan sulit kehilangan aktivis secara tertutup
Mahkamah Rayuan mahu kerajaan mengemukakan laporan sulit pasukan petugas khas berhubung kehilangan aktivis Amri Che Mat bagi membolehkan mahkamah menilai kandungan laporan itu.

Kerajaan cadang tubuh Suruhanjaya Maklumat
Suruhanjaya Maklumat bertindak sebagai badan pengawal bebas yang bertanggungjawab mengawal selia Akta Kebebasan Maklumat.

Kerajaan digesa laksana Akta Kebebasan Maklumat, tingkat keyakinan rakyat - SLS
Malaysia perlu mengadaptasi dan melaksanakan Akta Kebebasan Maklumat dalam usaha mengangkat hak demokrasi di negara ini.

Unit komunikasi strategik kementerian akan diperkasa pergiat usaha penyampaian maklumat - Annuar
Annuar berkata usaha itu dilihat perlu agar rakyat tidak terperangkap dengan maklumat separa benar di media sosial.

Maklumat sulit bocor: Kelantan jalankan siasatan dalaman
Mohd Amar mengakui perkara itu berlaku dan mempercayai ia didalangi kakitangan pentadbiran negeri.

'Surat Istana' bocor, Pemuda Pas akan buat laporan polis
Surat tersebut jika benar wujud tentu merupakan surat rahsia dan terhad yang sepatutnya hanya dibaca oleh penerimanya sahaja Perdana Menteri.

Tommy Thomas langgar sumpah jawatan - Ahmad Zahid
Tommy telah melanggar sumpah jawatan Peguam Negara untuk menjaga dan menyimpan kerahsiaan kerajaan pada setiap masa.

Peningkatan CPI Malaysia bukti keberkesanan usaha antirasuah - Liew
Inisiatif termasuk pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang menggariskan 22 strategi dengan 115 inisiatif antirasuah untuk menentang rasuah dalam semua sektor di seluruh negara.

Akta Kebebasan Maklumat ganti Akta Rahsia Rasmi - Dr Mahathir
JKKMAR yang bermesyuarat hari ini bersetuju secara prinsip bahawa tempoh masa yang mencukupi harus diberikan kepada proses penggubalan undang-undang itu.