KUALA LUMPUR: Peningkatan minat syarikat China terhadap Malaysia memberi petanda baik kepada negara dan telah meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-China, disokong oleh keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Zafrul berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus membantu memudahkan urusan pelabur untuk menjalankan perniagaan di negara ini bagi menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa menyokong industri, perdagangan dan pelaburan.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada MIDA dan semua agensi berkaitan dalam membantu mendapatkan pelaburan berpotensi ini (bernilai RM170 bilion).
"Kini, MITI, MIDA dan agensi lain perlu mula bekerja keras untuk membuat susulan dan merealisasikan pelaburan ini dalam tempoh masa sesingkat mungkin," katanya.
Sementara itu, Ketua pegawai eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman berkata menerusi misi perdagangan dan pelaburan di China baru-baru ini lebih 20 syarikat telah menunjukkan minat serius untuk melabur dalam ekonomi Malaysia yang sedang berkembang pesat merangkumi bidang seperti produk petrokimia, produk solar dan kaca, pusat data antarabangsa dan bahagian-bahagian dan komponen kenderaan elektrik.
Antara syarikat yang menyatakan minat mendalam untuk melabur di Malaysia ialah Zhejiang Zhink Group, LONGi, GDS, Shanghai DC Science dan ZTE Corporation, yang kesemuanya mengakui potensi yang besar di Malaysia.
"Pencapaian ini menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi daripada pengguna teknologi digital utama dunia yang menempatkan satu pertiga daripada syarikat unicorn dunia," kata Arham.
Pada 2022, Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan bernilai RM264.6 bilion (US$59.9 bilion) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan primer.
Daripada jumlah ini, RM55.4 bilion (US$12.5 billion) disumbang oleh China melibatkan sejumlah 91 projek.
"Usaha niaga ini berpotensi mewujudkan 11,545 peluang pekerjaan baharu bagi tenaga kerja Malaysia yang sekali gus mengukuhkan lagi struktur ekonomi negara," kata MIDA.
Bernama
Mon Apr 03 2023

Tengku Zafrul berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus membantu memudahkan urusan pelabur untuk menjalankan perniagaan di negara ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.