KUALA LUMPUR: Peningkatan tren hasil jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2022 membantu merangsang ekonomi domestik, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata keberkesanan KBBM dapat dilihat apabila rakyat mula memilih untuk membeli barangan Malaysia, menerusi tren peningkatan jualan bermula sejak beberapa tahun yang lalu termasuk ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
"Jumlah jualan tahun lepas sahaja mencatatkan sebanyak RM142 juta dan 1.07 juta jumlah unit penyimpanan stok (SKU) melalui marketplace, manakala rekod di pelbagai rangkaian pasar raya besar, pasar raya dan kedai serbaneka mencapai jualan lebih 173 ribu SKU, dan nilai jualan bernilai RM3.08 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menutup Program Promosi Kraf Sempena KBBM 2022, hasil kerjasama strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, semalam.
Justeru, Nanta menyasarkan peningkatan jumlah jualan KBBM sebanyak 2.5 peratus tahun ini berbanding tahun lalu, walaupun pelbagai cabaran dihadapi termasuklah krisis inflasi dan kegawatan ekonomi dunia.
Beliau berkata inovasi produk di bawah KBBM amat membanggakan, kerana ia bukan sahaja meliputi produk makanan dan minuman, kosmetik, penjagaan dan kecantikan diri, pakaian, aksesori dan kasut, malah melangkaui kepada produk kraf tempatan.
"KBBM ini telah berjaya membantu mengubah persepsi pengguna dalam negara yang dahulunya agak skeptikal dengan kualiti produk keluaran tempatan. Alhamdulillah, orang kita sudah semakin yakin dan dapat menerima produk tempatan," katanya.
Nanta berkata penganjuran Program Promosi Kraf Sempena KBBM 2022 dengan kerjasama Kraftangan Malaysia amat bertepatan, bagi mempromosikan produk kraf keluaran tempatan yang beridentitikan budaya Malaysia.
Kempen ini telah bermula sejak 1984 dengan nama Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, kemudian dijenamakan semula dengan nama KBBM pada 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022

Nanta ketika berucap menutup Program Promosi Kraf Sempena KBBM 2022 di Kuala Lumpur, semalam. - Facebook Alexander Nanta Linggi

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.

NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.