KUALA LUMPUR: Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) yang dinaikkan kepada RM5.8 juta tahun ini berbanding RM2.6 juta tahun lepas akan memberikan kesan positif kepada kesatuan sekerja di Malaysia terutama dalam membantu pertumbuhan keahlian.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata peningkatan itu juga membantu kesatuan sekerja melaksanakan aktiviti untuk perkembangan pendidikan secara berterusan khususnya bagi meningkatkan kemahiran berkesatuan dalam kalangan pemimpin dan anggota kesatuan sekerja.
"Cuepacs berharap semua kesatuan sekerja terutama daripada kesatuan di bawah gabungan Cuepacs mengambil bahagian sepenuhnya menyertai inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi membolehkan pembangunan modal insan dilaksanakan dengan berkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Cuepacs berharap KSM dapat menyalurkan jumlah minimum sekurang-kurangnya RM10,000 kepada setiap kesatuan sekerja yang memohon untuk menyertai inisiaitf PHEKS.
Katanya ia bagi membolehkan program-program oleh pihak kesatuan sekerja dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sekali gus mencapai matlamat yang dimahukan kementerian.
Menurutnya sebelum ini, ada kesatuan yang hanya menerima kurang daripada RM5,000 secara sekali bayar dan jumlah tersebut menyukarkan program pendidikan dan berkesatuan dilaksanakan secara komprehensif.
Semalam, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong memaklumkan peningkatan peruntukan PHEKS adalah selaras dengan pendirian kementerian untuk berdiri bersama pekerja yang menjadi tonggak kepada ekonomi negara, sekali gus memerlukan kesatuan sekerja terus didukung dan diperkasa.
Menurut Sim, had maksimum permohonan geran untuk kesatuan sekerja juga dinaikkan daripada RM10,000 tahun lalu kepada RM20,000 bagi tujuan memperkasa pengurusan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Presiden Cuepacs itu berkata peningkatan geran membantu kesatuan sekerja melaksanakan aktiviti untuk perkembangan pendidikan secara berterusan. - Gambar fail/Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Peningkatan peruntukan PHEKS bantu kesatuan laksana aktiviti - Cuepacs
Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) yang dinaikkan kepada RM5.8 juta tahun ini akan memberikan kesan positif kepada kesatuan sekerja di Malaysia.