SHAH ALAM: Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata bekas pensyarah berusia 61 tahun itu dalam laporannya menyatakan dia dihubungi suspek menerusi telefon yang menyamar sebagai Pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Beliau berkata suspek memaklumkan kononnya bekas pensyarah itu ada menjalankan aktiviti perjudian serta pengubahan wang haram.
"Wanita itu (bekas pensyarah), bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan diarah meletakkan dua kad banknya di tepi jalan untuk diambil suspek sebelum menyedari 262 traksaksi wang berjumlah RM1.43 juta dibuat daripada kedua-dua akaun bank miliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata akauntan lelaki berusia 55 tahun itu pula kerugian berjumlah RM5.04 juta akibat ditipu sindiket pelaburan mata wang kripto.
"Pada Ogos tahun lepas, mangsa dikatakan telah berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai 'William' menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat.
"Mangsa yang berminat dan bersetuju untuk melabur, kemudian diajar suspek untuk memindahkan wang ke dalam akaun e-dompet menerusi 143 kali pindahan sebelum mendapati akaun pelaburan itu gagal diakses dan suspek menghilangkan diri," katanya.
Hussien berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.
Beliau menegaskan bahawa polis serta jabatan kerajaan tidak menjalankan siasatan yang melibatkan hal perbankan orang awam secara dalam talian.
"Bagi kes pelaburan kripto, polis meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan iklan pelaburan, saham atau apa-apa yang ditawarkan melalui media sosial yang kononnya boleh memberi pulangan besar masa singkat. Orang ramai diingatkan agar membuat pelaburan menerusi platform yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024

Polis berkata bekas pensyarah berusia 61 tahun itu dalam laporannya menyatakan dia dihubungi suspek menerusi telefon yang menyamar sebagai Pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC). - Gambar hiasan

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.

Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Seorang rakyat Malaysia antara 61 mangsa penipuan dalam talian diselamatkan di Myanmar
Kedutaan Malaysia di Bangkok telah mengesahkan identiti warganegara Malaysia itu dengan pihak berkuasa Thailand.

Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.

Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.

4,290 kertas siasatan dibuka libatkan kerugian RM181 juta pada 2024 - JSJK Johor
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor membuka sebanyak 4,290 kertas siasatan dengan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM181 juta sepanjang tahun lepas.

Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat
Jenayah senyap yang menjejas ekonomi global itu tidak hanya melibatkan individu, namun secara ketara turut merencatkan ekonomi.