KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menerima 121 laporan berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada terhadap tiga syarikat pelancongan swasta yang melibatkan kerugian lebih RM5.1 juta.
Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata Kuala Lumpur mencatatkan bilangan laporan tertinggi iaitu 48 laporan membabitkan kerugian kira-kira RM2 juta diikuti Selangor dengan 30 laporan melibatkan kerugian RM956,300.
Beliau berkata 18 laporan melibatkan kerugian dianggarkan RM1.2 juta diterima di Pahang manakala masing-masing enam laporan diterima di Kelantan, Perak dan Johor dengan kerugian RM608,000.
"Kedah mempunyai tiga laporan dengan nilai kerugian RM48,000, Negeri Sembilan merekodkan dua laporan membabitkan kerugian RM170,500 manakaka masing-masing satu laporan di Terengganu dan Pulau Pinang yang melibatkan kerugian RM70,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorsiah berkata 22 kertas siasatan berkaitan penipuan itu dibuka, membabitkan 323 mangsa.
Pada 7 Julai lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.
Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022

Kuala Lumpur mencatatkan bilangan laporan tertinggi iaitu 48 laporan membabitkan kerugian kira-kira RM2 juta diikuti Selangor dengan 30 laporan melibatkan kerugian RM956,300. - Gambar hiasan

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Elak jadi mangsa tawaran visa haji furada
Tabung Haji (TH) berharap tiada lagi umat Islam di Malaysia yang menjadi mangsa tawaran visa haji furada seperti mana kes yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.

Ibadah haji: Jemaah jangan terperdaya tawaran orang perseorangan, syarikat
Umat Islam di negeri ini diingatkan agar tidak terperdaya dengan mana-mana tawaran daripada syarikat atau orang perseorangan untuk mengerjakan ibadah haji terutama menjelang musim haji.

Penipuan haji, umrah: 121 laporan polis, kerugian lebih RM5.1 juta
Polis Diraja Malaysia menerima 121 laporan berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada terhadap tiga syarikat pelancongan swasta.