IPOH: Seramai 86 pekerja asing diselamatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam tiga operasi berasingan di Ipoh, Manjung dan Tapah, pagi ini.
Ketua Pengarahnya Kamal Pardi berkata operasi itu antara langkah diambil, bagi memastikan kebajikan para pekerja asing terjaga sekali gus menyangkal dakwaan pihak antarabangsa yang mendakwa negara ini mengamalkan buruh paksa.
Beliau berkata hasil operasi di Ipoh, 52 pekerja daripada Bangladesh, Myanmar dan Indonesia telah diperiksa, dan daripada jumlah itu tujuh individu didapati merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), manakala 14 lagi merupakan pendatang asing tanpa izin dan hasil operasi di Sitiawan dan Tapah pula, masing-masing 17 pekerja asing telah diselamatkan.
"Mereka telah ditempatkan di kawasan pembinaan sejak dua minggu lalu, namun majikan gagal memberikan pekerjaan dan menyebabkan mereka tiada sumber pendapatan.
"Operasi menyelamat dilakukan bagi mengelakkan para pekerja ini menjadi mangsa penipuan pekerjaan seterusnya membawa kepada berlakunya buruh paksa," katanya ketika ditemui selepas operasi di kawasan pembinaan di Meru Raya di sini hari ini.
Operasi tersebut turut disertai polis, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan kekuatan keseluruhan anggota seramai 55 orang.
Kamal berkata hasil pemeriksaan juga mendapati, majikan terbabit telah melanggar pematuhan mengikut Akta Kerja 1955, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
"Selain ruang yang terhad di rumah kongsi, pekerja asing terbabit tidur beralaskan tikar getah sahaja kerana tidak disediakan katil dan tilam, selain kegagalan majikan menyediakan penginapan yang kondusif kepada pekerja.
"JTKSM akan membantu dalam memastikan mereka diberikan pekerjaan seperti mana yang dijanjikan di syarikat itu atau di tempat kerja lain, demi memastikan kebajikan pekerja ini dibela," katanya.
Kamal berkata JTKSM tidak akan berkompromi dengan sebarang isu yang membawa kepada elemen buruh paksa, hingga boleh menjejaskan imej negara.
"Kita seru majikan dalam semua sektor melaksanakan tanggungjawab sewajarnya dalam menyediakan penempatan pekerjaan dan juga penginapan kondusif selepas permohonan pekerja asing dibuat.
"Kegagalan mematuhi Akta 446, merupakan kesalahan utama yang sering majikan lakukan dan ia tidak hanya khusus kepada pekerja asing sahaja, tetapi turut melibatkan pekerja tempatan," katanya.
Kamal berkata pihaknya turut melakukan pemeriksaan bagi memastikan majikan menunaikan hak pekerja seperti pematuhan kadar gaji minimum, cuti sakit, bayaran kerja lebih masa dan juga mengesan semua pekerja digaji mengikut masa ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Kamal (tengah) menyoal warga asing pada operasi penguatkuasaan perburuhan bersepadu ke atas sektor pembinaan oleh Jabatan Tenaga Kerja bersama agensi kerajaan berkaitan di tapak pembinaan sekitar Meru hari ini. - Foto Bernama
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Hubungan India-Malaysia dijangka terus diperkukuh - Pesuruhjaya Tinggi India
India kini muncul sebagai sumber pelancong yang paling pesat berkembang ke Malaysia, dengan ketibaan melebihi satu juta orang.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.
SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.
Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry
Jalinan Kerjasama dalam sektor pendidikan dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.
Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji - Amir Hamzah
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat.