KUALA LUMPUR: Lelaki lebih ramai menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian berbanding wanita, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang lima tahun lepas.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin berkata, bagi tempoh 2017 hingga Oktober tahun ini, seramai 9,993 daripada 17,520 mangsa yang tertipu dengan pembelian dalam talian adalah lelaki.
"Seramai 7,527 mangsa pula adalah perempuan, semua mangsa yang terlibat berusia antara 21 dan 30 tahun," katanya ketika menjawab usul Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) mengenai peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan (scam) di Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.
Jonathan berkata bagi kes penipuan pinjaman tidak wujud, dalam tempoh yang sama seramai 14,884 mangsa terlibat dengan 8,264 mangsa adalah lelaki manakala 6,620 adalah wanita.
Beliau berkata bagi kes itu, kajian mendapati mangsa terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang pendidikan.
Jonathan berkata sepanjang 2017 sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 75,086 kes penipuan dilapor melibatkan pelbagai modus operandi (MO).
"Antaranya seperti Belian Dalam Talian, Pinjaman Tidak Wujud, Pelaburan, African Scam, Macau Scam dan Business E-mail Compromise (BEC).
"Sebanyak 34,281 tangkapan dibuat dengan 19,061 kes dituduh di mahkamah dengan anggaran kerugian melebihi RM2.4 bilion," katanya.
Jonathan berkata, antara faktor mangsa tertipu ialah penyamaran panggilan dari pihak berkuasa, terpedaya dengan tawaran atau peluang pelaburan dan ketidakpekaan kepada isu-isu semasa.
Mangsa juga tidak melaksanakan due-diligence atau semakan terhadap panggilan yang diterima selain scammer menggunakan pelbagai teknik melalui teknologi tanpa sempadan untuk memperdaya mangsa dengan cara yang amat menyakinkan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
![Penipuan pembelian dalam talian: Lelaki lebih ramai jadi mangsa Penipuan pembelian dalam talian: Lelaki lebih ramai jadi mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630233278_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Bagi kes penipuan pinjaman tidak wujud, dalam tempoh yang sama seramai 14,884 mangsa terlibat dengan 8,264 mangsa adalah lelaki manakala 6,620 adalah wanita. - Gambar hiasan
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
Wanita yang maut dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, sedang hamil lima bulan.
![1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi 1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729756465_TanSriAzamBaki.jpg)
1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.
Dialog Tiga Penjuru: CPI: Kita boleh jadi top ‘25’
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57.
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
Apakah isu-isu utama yang harus diberi perhatian dengan segera untuk pastikan skor CPI kembali meningkat?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
![KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024 KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698383331_KWAP.jpg)
KWAP catat pendapatan bersih tertinggi sebanyak RM12.9 bln pada 2024
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan bersih tertinggi, mencecah rekod sebanyak RM12.9 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
AWANI Sabah+: Pacu sektor pendidikan demi kemajuan generasi muda
Menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Kerajaan Sabah terus komited dan menyokong sepenuhnya usaha memperkasa modal insan menerusi pembangunan sektor pendidikan.
![Peniaga rugi hampir RM150,000 beli Mercedes Benz dalam talian Peniaga rugi hampir RM150,000 beli Mercedes Benz dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720420389_FBScam.jpg)
Peniaga rugi hampir RM150,000 beli Mercedes Benz dalam talian
Mangsa telah melihat iklan penjualan kereta jenis Mercedes Benz GLA 200 AMG Sport 4MATIC 1.3A melalui Facebook dan menekan pautan yang tertera.
![Pengusaha kraf Johor perlu kreatif pasar produk dalam talian - Exco Pengusaha kraf Johor perlu kreatif pasar produk dalam talian - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711208047_KRavenKumar.jpg)
Pengusaha kraf Johor perlu kreatif pasar produk dalam talian - Exco
Pengusaha mempunyai peluang untuk memajukan perniagaan mereka menerusi pembelian dalam talian yang kini menjadi pilihan ramai seiring teknologi.
![Cukai jualan belian dalam talian hanya terpakai pada produk import bawah RM500 - Fahmi Cukai jualan belian dalam talian hanya terpakai pada produk import bawah RM500 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702455846_TBFAHMIFADZILjp.jpg)
Cukai jualan belian dalam talian hanya terpakai pada produk import bawah RM500 - Fahmi
Ia bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.
![Penduduk Langkawi nikmati potongan harga tiket melalui pembelian dalam talian Penduduk Langkawi nikmati potongan harga tiket melalui pembelian dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631974764_TBFERIKUALAKEDAH.jpg)
Penduduk Langkawi nikmati potongan harga tiket melalui pembelian dalam talian
Penduduk Langkawi dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas akan menikmati kemudahan potongan harga istimewa.
![Isu penipuan pembelian dalam talian, rumah terbengkalai tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu penipuan pembelian dalam talian, rumah terbengkalai tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Isu penipuan pembelian dalam talian, rumah terbengkalai tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dua soalan berkaitan penipuan pembelian dalam talian tersenarai antara 10 soalan utama pada sesi soal jawab hari ini.
![Penipuan pembelian dalam talian: Lelaki lebih ramai jadi mangsa Penipuan pembelian dalam talian: Lelaki lebih ramai jadi mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630233278_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Penipuan pembelian dalam talian: Lelaki lebih ramai jadi mangsa
Bagi tempoh 2017 hingga Oktober tahun ini, seramai 9,993 daripada 17,520 mangsa yang tertipu dengan pembelian dalam talian adalah lelaki.
![Penjawat awam rugi RM31,000 ditipu pembelian dron dalam talian Penjawat awam rugi RM31,000 ditipu pembelian dron dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/81584270810_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Penjawat awam rugi RM31,000 ditipu pembelian dron dalam talian
Bayaran dibuat ke lima akaun individu berlainan melalui 10 transaksi dan mangsa diyakinkan suspek bahawa wang tersebut akan dikembalikan.
![TnG Group bekerjasama dengan MoF, MDEC percepat e-dagang, berbelanja dalam talian TnG Group bekerjasama dengan MoF, MDEC percepat e-dagang, berbelanja dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625276658_TBTouchnGo.jpg)
TnG Group bekerjasama dengan MoF, MDEC percepat e-dagang, berbelanja dalam talian
Kempen SMO akan berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Disember, bagi menyokong perniagaan tempatan dan menggalakkan pembelian dalam talian.
![Inisiatif PAKEJ pastikan perkhidmatan kurier lebih cekap - MCMC Inisiatif PAKEJ pastikan perkhidmatan kurier lebih cekap - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624399531_CourierServices.jpg)
Inisiatif PAKEJ pastikan perkhidmatan kurier lebih cekap - MCMC
Masa tidak lagi dibuang untuk perkhidmatan penghantaran perlu melalui proses penghantaran hingga ke tangan penerima.
![#DiariLockdown: 'Beli secara online mahal, lebih puas hati keluar ke kedai' - Pengguna #DiariLockdown: 'Beli secara online mahal, lebih puas hati keluar ke kedai' - Pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623229358_Belibelahonlinek.jpg)
#DiariLockdown: 'Beli secara online mahal, lebih puas hati keluar ke kedai' - Pengguna
Sepanjang tempoh PKP ini, masih ada yang selesa keluar ke kedai membeli barang keperluan berbanding membeli-belah secara atas talian.