Seorang penjaga parkir dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut lima jurujual kedai telefon dalam satu pergaduhan di sebuah kedai telefon di Plaza Kota Raya tiga hari lepas.
Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu ke atas Khairuddin Arbi @ Omar, 38, selepas dia mengaku bersalah menakutkan lima jurujual lelaki, Chiaw Wai Kit, 20, Lim Wai Hong, 27, Wong Weng Kong, 23, Liew Wai Chung, 21 dan Yong Haw Nam, 22 dengan mengugut mereka untuk memecahkan kedai di tingkat bawah Plaza Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini pada pukul 5 petang, Ahad lepas.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lepas dan turut memerintahkan dia dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Sebelum menjatuhkan hukuman Majistret Saifulakmal menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan di tempat awam berkenaan.
Tertuduh yang memakai baju T berwarna merah kelihatan tenang apabila didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes pada Ahad lepas, polis telah menerima panggilan telefon memaklumkan ada berlaku pergaduhan berkaitan penjualan telefon di plaza berkenaan.
Bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan tertuduh dan siasatan mendapati tertuduh telah mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan dan ancaman kepada mangsa.
Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon mahkamah hanya menjatuhkan hukuman berbentuk denda dengan alasan tertuduh yang masih bujang dan mempunyai penyakit gaut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau selain telah insaf dengan perbuatannya.
"Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh, mohon mahkamah memberi peluang kedua. Tertuduh berjanji tidak akan mengulanginya," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam dan kesan emosi yang dialami kesemua mangsa.
Bernama
Wed Dec 23 2015

Sebelum menjatuhkan hukuman Majistret Saifulakmal menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan di tempat awam berkenaan. - Gambar Hiasan

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Penjaga parkir dipenjara empat hari kerana ugut jurujual di Plaza Kota Raya
Seorang penjaga parkir dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengugut lima jurujual kedai telefon dalam satu pergaduhan di Plaza Kota Raya.