KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menitikberatkan keperluan menanam pokok-pokok atau mewujudkan kawasan hijau di bandar sebagai tanggungjawab dan harapan bersama.
Penolong Pegawai Penyelidik Kanan (Cawangan Perhutanan Bandar) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Mohd Afendi Hussin berkata kerjasama ini penting dengan pihak dalam pelbagai disiplin termasuk perancangan bandar, kejuruteraan, arkitek, pemaju hartanah, arboris, pihak swasta, pemimpin masyarakat dan orang ramai.
Beliau berkata kehadiran pokok-pokok di kawasan bandar bukan sahaja dapat mencantikkan bandar, malah ia juga berperanan sebagai pokok ameniti atau kemudahan asas dan merupakan sebahagian daripada indeks untuk mencapai taraf kehidupan yang lebih sihat.
"Fungsi sebenar pokok-pokok di bandar tidak hanya berkisar sebagai elemen hiasan atau bersifat kosmetik semata-mata. Silara pokok yang melebar dan menaungi kawasan bandar mengurangkan kemasukan cahaya dan sinaran terik matahari.
"Keadaan ini membantu mengurangkan peningkatan suhu di bandar dan turut mengurangkan fenomena pembentukan pulau-pulau haba di kawasan bandar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata dengan adanya pokok-pokok rendang di taman-taman awam, ia dapat menarik pengunjung beriadah, berkelah dan menggalakkan interaksi selain membolehkan pelbagai aktiviti sihat dijalankan sekali gus membantu mengukuhkan nilai-nilai kemasyarakatan, kekeluargaan, persahabatan yang menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk.
Bagaimanapun, Mohd Afendi yang juga ahli arboris berkata tidak semua pokok dapat tumbuh dengan sempurna atau mempunyai rupa bentuk struktur yang baik kerana sebahagian lagi mungkin memerlukan rawatan pembaikan.
Justeru katanya sekiranya berlaku keadaan atau rupa bentuk struktur pokok yang boleh mendatangkan gangguan ataupun risiko, pokok-pokok tersebut perlu diurus mengikut amalan arborikultur yang sesuai.
"Banyak faktor menyumbang kepada kegagalan pokok antaranya ruang penanaman yang terhad, pemangkasan akar tanpa mempertimbangkan kebolehan pokok untuk menampung berat silara dan mengganggu dirian pokok, ribut, kecederaan pada tubuh batang pokok, tanah yang padat, pemangkasan yang berlebihan dan tidak cermat.
"Ia adalah sebahagian daripada punca pokok menjadi lemah, menerima tekanan, terganggu kestabilan dan mempengaruhi kesuburannya," katanya.
Namun, beliau berkata sekiranya penanaman pokok dirancang dan dilaksanakan dengan baik, pokok-pokok tersebut berupaya untuk terus tumbuh tinggi dan menjadi lambang kelestarian persekitaran serta kehidupan sekali gus memberikan pelbagai fungsi bermakna untuk masyarakat.
Menurutnya, penjagaan pokok melalui amalan terbaik arborikultur boleh membantu menjadikannya lebih sihat, subur, selamat serta mengurangkan risiko kegagalan sekali gus membolehkan pokok-pokok itu hidup lebih lama di kawasan bandar.
Menjelas lanjut, Mohd Afendi berkata arboris berperanan memberikan perkhidmatan dalam semua aspek penjagaan pokok merangkumi pemilihan spesies, penanaman, pemangkasan, pengurusan risiko, pemindahan pokok, pencegahan kerosakan sebelum kerja-kerja pembangunan serta pengurusan kesuburan pokok, terutamanya di bandar.
"Peranan arboris kian mendapat perhatian di negara kita dan ini merupakan perkembangan yang positif kerana masyarakat kini memahami akan peri pentingnya menjaga alam sekitar termasuklah pokok," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
![Penjagaan, pengurusan pokok di kawasan bandar perlu penglibatan semua pihak Penjagaan, pengurusan pokok di kawasan bandar perlu penglibatan semua pihak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631840825_TBGREENLUNGjpg.jpg)
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman berada di 'Forest Skywalk' juga dikenali Jejantas Rimba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). - Foto BERNAMA
AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo
Tanpa mendedahkan strategi model perniagaannya, Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, laluan sektor antarabangsa juga akan dibuka secara berperingkat, bermula dengan negara Singapura dan Indonesia.
Peserta lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.
![Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739609532_KuantanBaseJum.jpg)
Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem
Pahang berpotensi besar untuk menjadi lokasi tumpuan peminat sukan ekstrem bertaraf antarabangsa.
![Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.
AWANI Ringkas: Kerajaan bersifat adil kepada semua - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607776_IrSazaliHarun.jpg)
Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.
![Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607859_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Remaja ditahan tebang pokok bersejarah di Hadrian's Wall Remaja ditahan tebang pokok bersejarah di Hadrian's Wall](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695943565_TBtree.jpg)
Remaja ditahan tebang pokok bersejarah di Hadrian's Wall
Pokok tersebut berusia hampir 200 tahun dan terletak bersebelahan Hadrian's Wall yang dibina pada zaman pemerintahan Empayar Rom.
![Ibu kucing beranak atas pokok selepas terperangkap Ibu kucing beranak atas pokok selepas terperangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657209167_KucingBeranak.jpg)
Ibu kucing beranak atas pokok selepas terperangkap
Bunyi ibu kucing didengari penduduk berdekatan bertindak menghubungi Bomba dan Penyelamat untuk menurunkan haiwan itu bersama anaknya.
![Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok sehingga 2025 Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok sehingga 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656207288_MCMUUMW.jpg)
Kerajaan sasar tanam 100 juta pokok sehingga 2025
Program Inisiatif Pucuk Hijau UMW menyasarkan 300,000 pokok bakau ditanam di persisir pantai seluruh negara.
![Dua maut helikopter terhempas Dua maut helikopter terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655766133_Twokilledhelicopt.jpg)
Dua maut helikopter terhempas
Pihak polis memaklumkan nahas berlaku berhampiran perkampungan Burton.
![Lelaki maut kereta langgar pokok Lelaki maut kereta langgar pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654915345_lelakimaut.jpg)
Lelaki maut kereta langgar pokok
Siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa memandu bersendirian dari arah Gua Musang menghala ke Machang.
![Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654899630_CannabisPlants.jpg)
Sejuta ganja mula diedar di seluruh Thailand
Pengedaran itu diteruskan untuk tempoh enam bulan akan datang dengan misi untuk menanam minat terhadap ganja kepada awam.
![Bekas diplomat, anak tidak mengaku tanam 102 pokok ganja Bekas diplomat, anak tidak mengaku tanam 102 pokok ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654664020_ganja.jpg)
Bekas diplomat, anak tidak mengaku tanam 102 pokok ganja
Kedua-dua tertuduh didakwa menanam tumbuhan 102 pokok ganja di Lot 5718 Kampung Sum Sum Hilir Janda Baik di Bentong 21 Mei lalu.
!['Beli makanan, dapat pokok percuma' tarikan unik di restoran 'Beli makanan, dapat pokok percuma' tarikan unik di restoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642131248_TBDeafinBusiness.jpg)
'Beli makanan, dapat pokok percuma' tarikan unik di restoran
Idea tersebut tercetus susulan terdapat lebihan pokok di rumah kalangan ahli ketika tempoh pelaksanaan PKP.
![Pokok bunga 'rare' ditemui saintis, dinamakan sempena Leonardo DiCaprio! Pokok bunga 'rare' ditemui saintis, dinamakan sempena Leonardo DiCaprio!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641612139_pokok.jpg)
Pokok bunga 'rare' ditemui saintis, dinamakan sempena Leonardo DiCaprio!
Pokok Bunga 'Rare' Ditemui Saintis Dan Dinamakan Sempena Nama Leonardo DiCaprio!
![Guru maut, dua parah kenderaan dinaiki terbabas, langgar pokok Guru maut, dua parah kenderaan dinaiki terbabas, langgar pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640046552_Gurumautduaparah.jpg)
Guru maut, dua parah kenderaan dinaiki terbabas, langgar pokok
Kenderaan yang dinaiki tiga beradik itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu terlanggar tunggul pokok sebelum terbakar.