Penjaja di Pasar Chowrasta di sini, mahu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengecualikan bayaran lesen perniagaan dan sewa gerai mereka kerana mendakwa MBPP lewat menyiapkan kerja naik taraf pasar itu.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng berkata permintaan penjaja itu adalah berasas kerana kerja naik taraf pasar sejak 2013 itu telah berlanjutan terlalu lama dan mengakibatkan kerugian kepada mereka.
"Akibat daripada bunyi bising dan habuk kerana kerja pembinaan itu, ramai pembeli tidak selesa datang ke Pasar Chowrasta," katanya pada sidang media bersama Persatuan Penjaja Pasar Chowrasta di sini, hari ini.
Sementara itu, pengerusi persatuan Mohamed Nasir Mohideen berkata kebanyakan penjaja mengalami kerugian jualan melebihi 50 peratus sejak kerja naik taraf tersebut dijalankan.
"Ada dalam kalangan peniaga juga kadangkala tidak dapat melakukan apa-apa transaksi perniagaan kerana tiada pelanggan yang datang ke gerai mereka.
"Kami mohon kepada MBPP untuk mengecualikan bayaran sewa dan cukai lesen bermula Januari lepas sehingga proses naik taraf ini selesai mengikut tarikh baharu dikeluarkan MBPP iaitu 30 Nov ini," katanya.
Mohamed Nasir berkata, bagi pihak penjaja beliau juga memohon agar MBPP membuka kawasan parkir bertingkat kepada orang awam untuk mengelakkan kesesakan trafik di kawasan itu.
Katanya memandangkan bulan puasa dan hari raya hampir tiba, ramai orang dijangka datang ke pasar tersebut untuk membeli barang keperluan.
Dalam perkembangan lain, Teh berkata kerja naik taraf di pasar itu juga menyebabkan tikus yang tinggal dalam sistem pembentung keluar dan menyebabkan keadaan tidak selesa dalam kalangan peniaga dan pengunjung.
"MBPP dan Jabatan Kesihatan telah melakukan operasi dengan menabur ubat anti-tikus di kawasan tersebut," katanya.
Bernama
Sun May 22 2016

Kebanyakan penjaja mendakwa mengalami kerugian jualan melebihi 50 peratus sejak kerja naik taraf tersebut dijalankan. - Gambar fail

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.

Rakyat Malaysia sewa lesen perniagaan kepada pekerja asing boleh diambil tindakan undang-undang - Rafizi
Undang-undang anti-Ali Baba yang akan diperkenalkan tidak lama lagi membolehkan tindakan tegas diambil ke atas rakyat tempatan yang 'menyewa' lesen perniagaan kepada pekerja asing.

41 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan
Polis menahan 41 individu termasuk lima warga asing dalam dua operasi berasingan di pusat hiburan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.

1,604 individu terbabit aktiviti perjudian ditahan di Perak sejak Januari
Polis menahan 1,604 individu yang terbabit dalam aktiviti perjudian menerusi Ops Dadu Khas di negeri Perak sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Suara Rakyat: Kerap disaman, tolong mudahkan lesen peniagaan di Taman Medan - Peniaga
Para peniaga mengharapkan pembelaan agar kehidupan mereka dapat diteruskan dalam situasi ekonomi yang kian mendesak ketika ini.

PBT diminta pantau peniaga miliki lebih satu lesen perniagaan di Selangor
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diminta memantau peniaga yang mempunyai lebih daripada satu lesen perniagaan bagi mengelakkan isu 'Ali Baba', iaitu lesen yang diberi digunakan pihak lain.

Lesen tidak diperbaharui jika tandas gagal capai sijil A
Mulai 2024, lesen pengusaha industri F&B yang gagal capai tahap kebersihan sijil A bagi tandas tidak akan diperbaharui.

53 peratus lesen perniagaan di Labuan belum diperbaharui
Sekurang-kurangnya 53 peratus daripada lebih 12,000 lesen perniagaan di sini masih belum diperbaharu, menjelang tarikh akhir 31 Dis ini.

Anggota bomba didakwa minta, terima rasuah RM3,000
Perbuatan itu dilakukan sebagai dorongan untuk mendapatkan sokongan daripada pihak bomba bagi mendapatkan lesen perniagaan.

Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis
DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.

KPDNHEP ambil tindakan tegas pihak sewa lesen 'Ali Baba' - KSU
Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga tempatan itu hanya merugikan negara serta menutup 'periuk nasi' orang lain.