KUALA LUMPUR: Seramai 47 orang pengarah syarikat telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara menerusi Op Hire 2.0
Kesemua yang ditahan berusia antara 30 hingga 70 tahun merupakan pengarah syarikat yang telah mengemukakan tuntutan program pengambilan dan latihan pekerja kepada pihak PERKESO, namun ianya tidak dilaksanakan sebagaimana tuntutan.
Tangkapan ke atas 47 individu berkenaan terdiri daripada 14 wanita dan 33 lelaki dilakukan sejak petang semalam.
Op Hire 2.0 adalah operasi bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan hasil tuntutan palsu yang dibuat oleh pengarah-pengarah syarikat menerusi program insentif pengambilan pekerja dan program latihan (PENJANA).
Jumlah tuntutan yang terlibat adalah antara RM450,000 hingga RM2 juta.
Op Hire 2.0 ini adalah lanjutan daripada Op Hire 1.0 yang dilaksanakan pada 2022 yang lalu di seluruh negara dengan kerjasama PERKESO dan SPRM.
Kesemua 47 yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di seluruh negara pada hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 Dan Seksyen 471 Kanun Kesiksaan.
“Dalam Op Hire 1.0 sebelum ini seramai 74 orang daripada 60 syarikat telah ditahan dengan melibatkan tuntutan palsu bernilai RM88 juta. 52 telah didakwa di mahkamah,” katanya.
SPRM telah mengenalpasti ratusan syarikat lain yang telah membuat tuntutan palsu ini dan akan meneruskan operasi ini bagi menahan semua yang terlibat.
Justeru, beliau menggesa mana-mana syarikat yang terlibat untuk tampil secara sukarela menyerahkan semula tuntutan yang telah dibuat bagi mengelakkan pertuduhan di mahkamah.
"Kita telah kenal pasti nama dan senarai pemilik syarikat yang terlibat. Bagi tujuan mendapatkan semula kesemua tuntutan palsu terbabit, saya memberi amaran kepada semua untuk tampil segera sebelum SPRM mengetuk pintu pejabat syarikat-syarikat terlibat.
"Saya memberi jaminan bahawa sesiapa yang terlibat untuk tampil secara sukarela dan menyerahkan semula tuntutan-tuntutan yang telah dibuat, tidak akan dipertuduh di Mahkamah. Bagi mereka yang masih berdegil maka mereka akan dikenakan tindakan yang lebih serius," tegas beliau.
Azyyati Ahmad
Tue May 16 2023

Kesemua 47 yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di seluruh negara pada hari ini. - Gambar hiasan
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

SPRM tahan pengurus sumber manusia kemuka tuntutan palsu lebih RM200,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.

Pengusaha kantin buat tuntutan palsu insentif program Penjana didenda RM50,000
Pertuduhan pilihan dibacakan kepada tertuduh dan dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu setelah menerima tawaran pengakuan daripada pihak pendakwaan.

LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.

12 lagi ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu Penjana Kerjaya
Penahanan suspek berusia 29 sehingga 53 tahun itu dilakukan malam Selasa secara serentak di seluruh negara.

PENJANA: 47 pengarah syarikat ditahan seleweng dana
Tangkapan ke atas 47 individu berkenaan terdiri daripada 14 wanita dan 33 lelaki dilakukan sejak petang semalam.

Ops Hire: Tekad SPRM banteras ketirisan, penyelewengan dana awam
Di bawah strategi -Pemerkasaan Penguatkuasaan Berkesan-, SPRM memberi penekanan terhadap tiga bidang utama iaitu perolehan kerajaan, sektor penguatkuasaan dan dana awam atau peruntukan khas kerajaan.

Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.

Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kemuka laporan palsu kepada MAFI
Lelaki berusia 32 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah, di sini pada pukul 11.18 pagi tadi.

Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.