KUALA LUMPUR: Seorang bekas pereka dalaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana) berjumlah RM9,500, dua tahun lalu.
S. Kamala Segaran, 47, didakwa sebagai pemilik syarikat Tech Train Consultancy memberikan tiga dokumen mengandungi butiran palsu iaitu Borang Pengesahan Pekerja atas nama syarikat berkenaan bagi menuntut insentif daripada Petubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Mengikut pertuduhan, tertuduh menuntut insentif Penjana masing-masing RM4,340, RM2,260 dan RM2,900 daripada dua pegawai perkhidmatan pekerjaan pejabat agensi itu dengan niat memperdayakan Perkeso.
Dokumen itu mengandungi pernyataan palsu mengenai tiga nama pekerja baharu syarikat Tech Train Consultancy sedangkan mereka bukan pekerja syarikat berkenaan.
Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, Kampung Baru, di sini, pada 25 Jun, 23 Nov dan 21 Dis 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa SPRM, Yasir Yahya menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam R. Babu Naidu, mewakili Kamala, memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik sepanjang tempoh siasatan selain diisytiharkan muflis sejak 2014.
Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi tiga pertuduhan itu dan membenarkan syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 6 Nov ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Mengikut pertuduhan, tertuduh menuntut insentif Penjana masing-masing RM4,340, RM2,260 dan RM2,900 daripada dua pegawai perkhidmatan pekerjaan pejabat agensi itu dengan niat memperdayakan Perkeso. - Gambar hiasan
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemilik syarikat dituduh palsukan maklumat Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memalsukan maklumat untuk mendapatkan insentif melalui Program Penjana Kerjaya 1.0 (Penjana Kerjaya).

Pemilik syarikat didenda RM14,000 kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat didenda RM14,000 kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana).

Pemilik syarikat, pekerja didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif Penjana Kerjaya.

Penjana Kerjaya: Bekas pereka dalaman didakwa beri dokuman palsu
Seorang bekas pereka dalaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0.

Penjana Kerjaya: Pengurus syarikat didenda RM45,000 tipu Perkeso
Seorang pengurus syarikat didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menipu ejen Perkeso.

Penjana Kerjaya: Kemuka dokumen palsu, pemilik syarikat didenda RM25,000
Seorang pemilik syarikat didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan Dana Insentif Program Penjana Kerjaya 1.0.

Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu
Seorang pemilik syarikat elektrik dan elektronik didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Tiga mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu program Penjana Kerjaya
Tiga individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 dengan jumlah keseluruhan RM136,100.

Penjana Kerjaya: CEO, pengarah syarikat ditahan
Kedua-dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan penyelewangan dana RM100 juta.

PEMULIH: Pelbagai inisiatif dilaksana bantu rakyat - Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, majikan boleh membuat permohonan PSU 4.0 mulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021.