KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat kecantikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif berjumlah lebih RM120,000 di bawah Program Penjana Kerjaya, dua tahun lepas.
Mona Liza Ahmad, 38, didakwa mengemukakan tujuh dokumen mengandungi butiran palsu iaitu Borang Pengesahan Pekerja atas nama Syarikat Nona Chantique Empire miliknya bagi menuntut insentif berjumlah RM120,060 di bawah Program Penjana Kerjaya untuk 30 orang pekerja.
Tertuduh mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu iaitu "Nama-nama pekerja baharu" kepada dua Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Nursofieyana Muhammad Zamri dan Mira Sabriena Romain dengan niat untuk memperdaya Perkeso di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, di sini, pada 31 Mei 2021.
Dalam dokumen "Nama-nama pekerja baharu" seramai 30 orang yang dikemukakan tertuduh sebenarnya bukan pekerja Syarikat Nona Chantique Empire, miliknya.
Pertuduhan terhadap Mona Liza adalah menurut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang palsu atau silap dan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mona Liza juga didakwa atas lima pertuduhan pilihan menggunakan tujuh dokumen "Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja" yang mengandungi butiran palsu kepada Mira Sabriena bagi menuntut insentif berjumlah sama (RM120,060) melalui sistem Penjana Kerjaya di tempat dan masa sama.
Tertuduh turut tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan itu yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Julaila Jamaludin menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Nor Shafika Balqis Jaffri memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh siasatan.
Hakim Kamarudin Kamsun membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua tujuh pertuduhan berserta syarat tambahan seperti yang dipohon pendakwaan selain menetapkan 8 Nov ini untuk sebutan semula kes.
Di mahkamah sama, seorang pengurus syarikat mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan melibatkan tuntutan insentif berjumlah RM36,780 berhubung program sama di bawah Perkeso.
S. Kamala Segaran, 47, didakwa sebagai individu yang menguruskan syarikat Aksara United Management Sdn Bhd telah bersubahat dengan koordinator projek L. Guhan dengan mengarahkan lelaki itu menipu ejen Perkeso untuk mempercayai dua orang yang bukan pekerja syarikat Aksara United Management adalah pekerja syarikat berkenaan, sehingga mendorong Perkeso menyerahkan RM9,600 ke dalam akaun bank syarikat.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Perkeso Putrajaya, dekat sini, pada 23 Okt 2020 dan pertuduhan adalah mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dia turut didakwa atas dua lagi pertuduhan telah memberikan dua dokumen yang mengandungi butiran palsu kepada Mira Sabriena melalui Guhan, atas nama syarikat Aksara United Management bagi menuntut insentif berjumlah RM27,180 di bawah Program Penjana Kerjaya untuk tiga orang pekerja syarikat itu.
Dokumen itu mengandungi butiran matan palsu iaitu "Nama-nama pekerja baharu" yang sebenarnya tiga orang pekerja yang dinamakan bukan pekerja Aksara United Managament dan tertuduh mengemukakan dokumen berkenaan dengan niat untuk memperdaya Perkeso.
Pegawai Pendakwa SPRM Raymond Nion John Timban menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan, namun peguam V. Saravanan, mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan bapa tunggal dan telah diisytiharkan bankrap sejak 2014.
Kamarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin untuk tiga pertuduhan itu dengan syarat tambahan perlu melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan selain menetapkan 8 Nov ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Mona Liza Ahmad, 38, didakwa mengemukakan tujuh dokumen mengandungi butiran palsu iaitu Borang Pengesahan Pekerja atas nama Syarikat Nona Chantique Empire miliknya. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penjana kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif lebih RM120,000
Dalam dokumen "Nama-nama pekerja baharu" seramai 30 orang yang dikemukakan tertuduh sebenarnya bukan pekerja Syarikat Nona Chantique Empire, miliknya.