BUTTERWORTH: Seorang bekas pengurus syarikat didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan memperdayakan ejen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berhubung Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya 3.0) berjumlah RM22,880 dua tahun lalu.
Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman ke atas Muhammad Al Bukhari Abdullah, 38, selepas dia mengaku bersalah sejurus pertuduhan pertama dan keempat serta fakta kes dibacakan terhadapnya.
Selain itu, bapa kepada dua anak perempuan berkenaan juga diperintahkan dipenjara selama tiga dan enam bulan jika gagal melunaskan bayaran denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama dan keempat, tertuduh yang ketika itu Pengurus Syarikat Vshine Metal and Plastic Trading didakwa secara tidak jujur telah menipu ejen Perkeso.
Tertuduh memperdaya ejen itu untuk mempercayai bahawa dua nama dalam senarai pekerja melalui Data Penjana Kerjaya 3.0 bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja adalah pekerja syarikat berkenaan.
Ia sekali gus mendorong Perkeso membuat bayaran berjumlah RM22,880 ke dalam akaun syarikat berkenaan yang pertubuhan itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perkeso negeri dalam daerah Seberang Perai Tengah pada 22 November dan 5 Disember 2021.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara bagi pertuduhan kedua dan ketiga, ia dipertimbangkan untuk diputuskan sebagai Take Into Consideration (TIC) oleh pihak mahkamah.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Noor Azura Zukiflee manakala tertuduh diwakili peguam V Parthipan.
Peguam tertuduh merayu supaya denda minimum dikenakan kerana ia adalah kesalahan pertama yang dilakukan selain memberikan alasan perlu menyara keluarga.
Bagaimanapun, Wan Shaharuddin memaklumkan bahawa hukuman ringan tidak mencukupi memandangkan mahkamah perlu menghantar mesej jelas kepada masyarakat berikutan kes itu membabitkan kepentingan awam.
Hakim kemudian menetapkan denda RM10,000, jika gagal bayar tiga bulan penjara bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan keempat denda RM35,000, sekiranya gagal bayar enam bulan penjara.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Aug 25 2023

Muhammad Al Bukhari Abdullah, 38, mengaku bersalah sejurus pertuduhan pertama dan keempat serta fakta kes dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Astro AWANI
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pemandu ambulans tidak mengaku setubuhi anak tiri
Seorang pemandu ambulans yang juga penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya, tiga tahun lalu.

Kontraktor didakwa pukul ejen rumah hingga patah tangan
Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang ejen perumahan sehingga mangsa patah tangan.

Kes Zulfarhan: 'Saya tertanya-tanya siapa tekap anak saya dengan seterika' - Ibu
Ibu kepada Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain meluahkan mereka sekeluarga telah menderita selama lapan tahun.

Juruteknik didakwa ketuk kepala anak asuhan ibu mentua hingga benjol
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya anak asuhan ibu mentuanya dengan mengetuk kepala kanak-kanak lelaki itu sehingga benjol.

22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".

Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.