KUALA LUMPUR : Tiga lagi individu termasuk seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana program insentif pengambilan pekerja (PenjanaKerjaya) melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM100 juta.
Sumber berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada pengarah dan pengurus syarikat.
"Seorang daripada suspek merupakan pengarah syarikat ditahan reman empat hari bermula Selasa sehingga 22 Julai 2022.
"Di Pahang pula, dua lagi suspek adalah merupakan pengurus syarikat ditahan reman selama lima hari sehingga 23 Julai 2022, juga bermula hari ini.
"Kebenaran permohonan SPRM itu masing-masing dibuat Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor di Mahkamah Majistret Putrajaya dan Majistret Nor Izzati Zakaria di Mahkamah Majistret Kuantan pada hari sama," katanya hari ini.
Dalam pada itu, katanya pengarah syarikat berusia 46 tahun berkenaan ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 8.30 malam Isnin kerana dipercayai mengemukakan borang pengesahan pekerja secara dalam talian yang mengandungi butir matan palsu berjumlah melebihi RM1 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Tindakan itu dibuat bagi memperolehi peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk melaksanakan program insentif pengambilan pekerja dan program latihan yang tidak dilaksanakan sepenuhnya.
"Manakala dua lagi suspek iaitu pengurus syarikat yang masing-masing berusia 46 dan 35 tahun pula ditahan di pejabat SPRM Pahang kira-kira pukul 4.30 petang Isnin kerana dipercayai terlibat dengan kesalahan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso bagi tujuan sama melibatkan nilai melebihi RM600,000," tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Terdahulu, pada 14 Julai, SPRM telah menahan 37 individu di beberapa negeri bagi membantu siasatan berkaitan isu tersebut dan tiga lagi ditahan di Johor dan Pulau Pinang sehari kemudian bagi membantu siasatan kes sama.
Pada Isnin, dua lagi individu yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengarah Syarikat ditahan bagi membantu siasatan dan setakat ini, jumlah keseluruhan suspek yang ditahan menerusi Ops Hire adalah seramai 45 individu.
Nickyson Nyambar
Tue Jul 19 2022

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

Op Tiris: Wanita antara enam ditahan di Pulau Pinang
Operasi dijalankan bagi membanteras isu ketirisan serta penyelewengan barangan kawalan serta subsidi seperti minyak diesel, minyak petrol dan minyak masak.

PM minta NACCOL adakan mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras - Syed Abu Hussin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 pada Jumaat.

"Tindakan hapus rasuah bukan kerana dendam lama" - PM Anwar
Perangi rasuah kerana mahu membersihkan negara daripada perompak-perompak besar, tegas Perdana Menteri.

MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat
Demi memastikan tiada lagi kes penyelewengan membabitkan wang yang disumbangkan orang ramai kepada agensi dan institusi agama di bawahnya.

KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.

Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.

KPDN Terengganu rampas lebih 45,000 liter diesel disyaki diseleweng
Rampasan itu dibuat menerusi Op Tiris bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di empat lokasi berasingan.

Perhimpunan Kebangsaan Ecuador mulakan prosiding pemecatan Presiden
Lasso dituduh dengan sengaja mengabaikan dakwaan rasuah melalui kontrak kerajaan kepada syarikat minyak swasta.

KPDN P.Pinang rampas 22,840 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan merampas sebuah tangki berisi 22,840 liter bahan api itu