LAHAD DATU: Penjara baharu berkapasiti 1,000 banduan di sini dijangka mula beroperasi pada 1 Okt ini dalam usaha mengatasi kesesakan banduan di Penjara Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Penjara Lahad Datu itu akan memulakan operasi dengan tempoh percubaan selama sebulan melibatkan 100 banduan dan akan ditingkatkan kepada 450 banduan selepas itu, sebelum beroperasi dengan kapasiti penuh dijadual Januari tahun depan.
"Kapasiti 1,000 tambahan ini sangat membantu melegakan buat Jabatan Penjara kerana kesesakan akan datang masalah seperti jangkitan penyakit dan keadaan tidak kondusif memberikan tekanan kepada penghuni, yang boleh berakhir dengan kejadian bunuh diri, cubaan melarikan diri atau pergaduhan.
"Jadi, sebagai sebuah kerajaan, khususnya kerajaan MADANI yang mengamalkan pendekatan ihsan ini, terjemahannya mesti dilihat, sekalipun terhadap penghuni penjara iaitu dengan menambahkan ruang supaya mereka tidak bersesak," katanya kepada pemberita.
Terdahulu beliau dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyaksikan penyerahan Penjara Lahad Datu daripada Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Mengenai pendekatan mengatasi kesesakan penghuni penjara, Saifuddin berkata kementeriannya melalui Jabatan Penjara melaksanakan dua lagi cara iaitu melalui perintah parol dan perintah kehadiran wajib iaitu melaporkan diri di balai polis.
Beliau berkata Jabatan Penjara juga dalam proses ke arah melaksanakan pembebasan berlesen melibatkan penahanan di rumah.
Sementara itu, Nanta memberitahu Penjara Lahad Datu, yang mula dibina pada 2017, berjaya disiapkan melalui kaedah reka dan bina dengan kos RM176 juta berbanding RM200 juta yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, beliau berkata kementeriannya berharap baki daripada 35 pakej kerja dapat dimulakan secepat mungkin setelah lantikan kontraktor diselesaikan pada penghujung tahun ini.
"Kami nak percepatkan pembinaan Pan Borneo Sabah ini yang masih banyak lagi pakej belum bermula," katanya.
Pembinaan fasa pertama projek itu melibatkan 15 pakej kerja, kini siap 82 peratus dan dijadual siap sepenuhnya pada Januari tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi (kiri) menyerahkan replika kunci bangunan kepada Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad pada majlis penyerahan projek penjara Lahad Datu hari ini. - Foto BERNAMA
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.

Penjara Lahad Datu mula beroperasi 1 Okt ini - Saifuddin Nasution
Penjara baharu berkapasiti 1,000 banduan di sini dijangka mula beroperasi pada 1 Okt ini dalam usaha mengatasi kesesakan banduan di Penjara Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.