ALOR SETAR: Kesemua penjawat awam di negeri Kedah akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri Kakitangan Awam Negeri Kedah sebanyak RM1,000 setiap orang.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi hantaran di Facebook miliknya, memaklumkan kelulusan itu dibuat di dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.
Beliau menyatakan, kelulusan berkenaan akan melibatkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan melibatkan peruntukan keseluruhan bernilai RM5.35 juta.
Dalam perkembangan sama, Sanusi memaklumkan bahawa Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Kedah turut akan menerima bantuan khas sempena Aidilfitri.
"Mesyuarat Exco juga meluluskan bantuan khas hari raya kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK seluruh negeri melibatkan 2,050 orang penerima dengan peruntukan RM307,500.
"Ia (bantuan khas berkenaan) akan disalurkan melalui Pusat Khidmat (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing," katanya.
Semalam, Kerajaan Pusat turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bantuan khas sebanyak RM250 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
Abd Hadi Che Awang
Wed Apr 06 2022

Sanusi turut memaklumkan bahawa Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Kedah turut akan menerima bantuan khas sempena Aidilfitri. - Gambar fail

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak diperkenalkan pada 2022 hingga hujung 2023.

Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Bantuan khas kewangan Aidilfitri itu akan disalurkan pada 8 April depan.

17,704 penjawat awam Johor terima bantuan khas Aidilfitri
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata bantuan khas berkenaan akan dibayar sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Penjawat awam Terengganu terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500
Pemberian bantuan itu melibatkan seramai 13,827 kakitangan awam negeri gred 56 dan ke bawah.

Penjawat awam di Kedah terima bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM1,000
Kelulusan berkenaan akan melibatkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan melibatkan peruntukan keseluruhan bernilai RM5.35juta.

Bantuan khas RM500 sempena Aidilfitri buat penjawat awam, RM250 kepada pesara
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021.

Bantuan khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam di Perak
Bantuan khas Aidilfitri RM1,000 setiap seorang itu dibayar hari ini.

Penjawat awam, pesara terima bantuan khas Aidilfitri 2020 - KP Perkhidmatan Awam
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.

Pemotongan gaji exco Johor dikaji - Osman
Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri bagi mendapatkan pandangan kesemua Exco berkenaan.