PUTRAJAYA: Penjawat awam di negara ini diseru untuk menjadi ejen yang bertindak sebagai suara kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ia berikutan isu berkaitan kelemahan dan keburukan lebih mudah disensasikan di media ketika ini, berbanding kebaikan dan manfaat yang ditawarkan.
"Tetapi, kenapa tidak kita hebahkan perkara-perkara yang baik dalam kalangan kita, seperti dalam media sosial, perbualan seharian, komunikasi dengan pihak lain dan sebagainya.
"Kita tidak menafikan akan terdapat kelemahan, namun sebenarnya banyak pencapaian yang telah kita capai sepanjang setahun ini," katanya dalam ucapan penutup Simposium Keluarga Malaysia, hari ini.
Sebagai contoh, beliau memetik mengenai usaha kerajaan untuk menstabilkan harga makanan seperti harga ayam dan minyak masak, yang dilaksanakan baru-baru ini.
"Semasa harga barangan meningkat, semua pihak bertanyakan apakah usaha kita untuk menurunkannya. Banyak pihak yang menghentam dan mengkritik kita.
"Namun, bila langkah intervensi telah kita buat melalui pelbagai mekanisme seperti Pasukan Jihad Tangani Inflasi dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara, tidak ramai yang bercakap mengenainya," katanya.
Justeru, beliau berkata penjawat awam perlu merasai semangat Keluarga Malaysia di dalam diri masing-masing, supaya mereka dapat menerapkan perasaan 'sense of belonging' kepada seluruh rakyat Malaysia.
Mengenai majlis hari ini, Mohd Zuki mencadangkan agar simposium itu melihat dan meneliti semula langkah hadapan, bagi usaha untuk terus memakmurkan negara serta mengekalkan kestabilan dalam acuan dan semangat Keluarga Malaysia.
Beliau berkata segala input yang diberikan oleh pakar yang terlibat dalam simposium itu hendaklah dianalisis, dicerna dan didokumentasikan sebaiknya, untuk langkah ke hadapan yang bersesuaian dengan iltizam kerajaan.
Selain itu, katanya segala intipati dan hasil simposium itu diharap dapat dibentangkan dalam forum rasmi antara pegawai kanan kerajaan seperti Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan akan datang.
Simposium Keluarga Malaysia bertujuan menyenaraikan serta menjelaskan segala pencapaian dan cabaran pentadbiran Keluarga Malaysia, sepanjang tempoh satu tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
![Penjawat awam diseru jadi ejen Keluarga Malaysia - KSN Penjawat awam diseru jadi ejen Keluarga Malaysia - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661090151_TBZUKIALI.jpg)
Mohd Zuki berkata ia berikutan isu berkaitan kelemahan dan keburukan lebih mudah disensasikan di media ketika ini, berbanding kebaikan dan manfaat yang ditawarkan. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668330241_ISMAILLRT.jpg)
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
![Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668509796_IsmailSabriYaakob.jpg)
Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
![Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia! Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668293184_SUKM.jpg)
Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.
![PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668085908_ISMAIL.jpg)
PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.
![Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668098772_TBMediaCity.jpg)
Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.
![Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000 Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667379494_IsmailSabri.jpg)
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
![Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81667139239_IsmailSabriYaakob.jpg)
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.
![Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19 Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666648353_BatuCaves.jpg)
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
![Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665134123_TBzafrul.jpg)
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.
![Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661013161_TBBANJIRSKUDAI.jpg)
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.