PUTRAJAYA: Penjawat awam diseru memegang nilai H.E.M.A.T, yang merujuk kepada kewaspadaan dalam tindakan serta ketelitian dalam pelaksanaan segala tugas yang diamanahkan, sebagai panduan dalam menyampaikan perkhidmatan bermutu kepada rakyat.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata dari sudut tafsiran, H.E.M.A.T membawa dua maksud iaitu sikap penjawat awam dalam membelanjakan dana awam secara berjimat-cermat dan tidak boros.
Dari segi sifat pula, beliau berkata H.E.M.A.T ialah cara penjawat awam menjalankan tugas dengan pengamatan dan penelitian secara mendalam.
"Dalam tempoh lebih sebulan saya berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), saya banyak membuat pemerhatian untuk memahami fungsi, peranan dan bidang tugas JPA. Berdasarkan penelitian saya, sudah tiba masanya penjawat awam memerlukan suatu nilai baharu sebagai pegangan dan panduan, dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya dalam majlis amanat bersama warga JPA, di sini pada Rabu.
Wan Ahmad Dahlan berkata nilai H.E.M.A.T perlu sejajar dengan dasar Malaysia MADANI dan aspirasi G.R.E.A.T. Civil Service yang diperkenalkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 2023, agar implementasi nilai baharu itu kelak dapat memenuhi segala hasrat yang telah digariskan.
Wan Ahmad Dahlan berkata H.E.M.A.T merupakan akronim kepada Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran, yang mengehendaki penjawat awam untuk sentiasa berani berhijrah menerusi kepekaan dengan tuntutan perubahan semasa, menjalankan tugas dengan rapi, cekap dalam pelaksanaan tugas dan mengamalkan komunikasi secara efisien.
Selain itu, penjawat awam perlu sentiasa mendengar dan memahami permasalahan rakyat, prihatin dan menyayangi rakyat, serta menumpukan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
Nilai H.E.M.A.T juga mengehendaki penjawat awam sentiasa bersikap cermat dalam membelanjakan dana awam, kreatif dan inovatif dalam memanfaatkan sumber-sumber sedia ada, mempunyai minda value for money, serta menjalankan tugas secara kerjasama strategik antara organisasi.
"Perkhidmatan awam amat memerlukan budaya Apresiasi Inovasi, yang perlu sentiasa menyokong dan menghargai perkembangan idea baharu bagi memperkasakan perkhidmatan, meneroka pelbagai inisiatif baharu yang bersesuaian dengan kehendak semasa dan berusaha untuk memartabatkan inisiatif digital baharu yang efisien.
"Telus Tadbiran pula memerlukan penjawat awam berusaha untuk menyematkan nilai integriti dalam menjalankan tugas seharian, sentiasa membudayakan amalan semak dan imbang bagi melancarkan pelaksanaan tugas dan meraikan pandangan luar yang dapat memantapkan lagi kualiti kerja yang dijalankan," katanya.
Sebagai menjayakan H.E.M.A.T, Wan Ahmad Dahlan berkata kerangka pembaharuan perkhidmatan awam, telah digariskan yang bertunjangkan empat teras strategik yang perlu dilaksanakan dan akan menjadi keutamaan pelaksanaan JPA tahun ini, antaranya pemantapan modal insan terbaik perkhidmatan awam berkait rapat dengan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang sedang dilaksanakan.
Selain itu, teras lain termasuk pemerkasaan organisasi yang tangkas dan kejat, yang melibatkan rasionalisasi saiz dan perjawatan sektor awam, pendigitalan penyampaian perkhidmatan yang melibatkan penerapan kecerdasan buatan di dalam sistem HRMIS dan pembudayaan nilai dan budaya baharu penjawat awam, yang melibatkan implementasi pelbagai inisiatif baharu selaras dengan Malaysia MADANI, G.R.E.A.T. Civil Service dan H.E.M.A.T.
Wan Ahmad Dahlan berkata apabila memikul amanah sebagai KPPA pada 9 Jan lepas, beliau bertekad untuk memikul tanggungjawab besar ini berasaskan kepada tiga prinsip iaitu facilitate, accommodate dan accelerate.
Ia bertujuan memudahkan urusan yang melibatkan pihak berkepentingan dan pelanggan, menyesuaikan cara kerja agar selari dengan agenda kerajaan semasa, dan menyegerakan pelaksanaan segala keputusan kerajaan agar inisiatif-inisiatif, dapat sampai secara cepat dan dirasai rakyat.
Dalam pada itu, beliau berkata empat cabaran megatrends dikenal pasti dalam perkhidmatan awam seperti yang dibangkitkan KSN dalam majlis amanat pada 13 Feb, iaitu pemecahan, ketidakseimbangan, persaingan dan penyesuaian.
Wan Ahmad Dahlan berkata cabaran pemecahan, merujuk kepada isu kepantasan penyebaran maklumat tanpa kawalan kesahihannya, yang menatijahkan penciptaan ruang kebencian dalam kalangan masyarakat, manakala cabaran ketidakseimbangan pelaksanaan dasar yang tidak memenuhi keperluan rakyat, mewujudkan situasi mismatch yang seterusnya merugikan negara.
Beliau berkata bagi cabaran persaingan pula, ia berakar umbi daripada pemecahan yang akan mewujudkan persaingan dalam dan antara organisasi, yang akhirnya tidak menguntungkan negara, manakala cabaran penyesuaian melibatkan aspek teknologi yang dilihat semakin berkembang di seluruh dunia, yang berupaya meningkatkan produktiviti dan ekonomi jika menguasainya.
"Justeru, kepimpinan sektor awam harus peka dengan cabaran megatrends ini serta kesannya kepada perkhidmatan awam di Malaysia. Kita perlu segera membangunkan kompetensi baharu seperti celik digital dan data serta kebijaksanaan emosi, dalam menyelesaikan permasalahan kompleks.
"Kita juga perlu mereka bentuk semula organisasi, agar sistem penyampaian perkhidmatan semakin cekap, sentiasa relevan dan seterusnya membangunkan model kepimpinan baharu, dengan mengambil kira aspek kolaboratif dan inklusif," katanya.
Wan Ahmad Dahlan turut mengajak penjawat awam memegang kepada motto '#seiringsepakat' seiring dengan pendirian beliau iaitu 'usah bekerja dengan saya, tetapi bekerjalah bersama-sama saya', sebagai usaha memupuk budaya semangat kebersamaan dalam melaksanakan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024

Wan Ahmad Dahlan berkata dari sudut tafsiran, H.E.M.A.T membawa dua maksud iaitu sikap penjawat awam dalam membelanjakan dana awam secara berjimat-cermat dan tidak boros. - Foto fail/BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Penjawat awam diseru pegang nilai H.E.M.A.T sebagai panduan mantapkan perkhidmatan - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata H.E.M.A.T ialah cara penjawat awam menjalankan tugas dengan pengamatan dan penelitian secara mendalam.