KUALA LUMPUR: Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang gagal melengkapkan imunisasi COVID-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan apabila dasar baharu berhubung imunisasi melibatkan penjawat awam dilaksanakan mulai 1 Nov ini.
Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Pekeliling yang ditandatangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman itu menyebut pegawai boleh diarah untuk mendapatkan dos lengkap mulai tarikh itu.
"Pada atau selepas 1 Nov 2021, mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan ketua jabatan boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan," menurut pekeliling itu yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini.
Sementara itu, sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan dos imunisasi COVID-19 atas faktor kesihatan, mereka boleh diarahkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan berdaftar.
Mereka juga boleh diarahkan oleh ketua jabatan untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 jika telah disahkan tidak layak menerima vaksinasi itu atas sebab kesihatan.
"Pegawai adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bertujuan untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap yang optimum," menurut pekeliling itu.
Pekeliling itu menyatakan ketua jabatan juga boleh pada bila-bila masa mengarahkan mana-mana pegawai yang belum mendapatkan dos lengkap untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi menentukan status kesihatan mereka.
Ketua jabatan juga boleh mempertimbangkan apa-apa kaedah sesuai untuk memastikan pelaksanaan dasar itu dalam menguruskan pegawai yang tidak mendapatkan vaksinasi lengkap termasuk mengarahkan mereka menjalani ujian pengesanan COVID-19 dengan kos ditanggung pegawai terbabit.
Bagaimanapun, kos ujian pengesanan untuk mereka yang tidak layak menerima imunisasi atas faktor kesihatan akan ditanggung kerajaan.
Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan selaras dengan Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan selain terikat dengan Surat Aku Janji yang ditandatangani oleh pegawai di bawah subperaturan 20 (3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012].
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan 30 Sept lepas memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin COVID-19 dan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 Nov 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
![Penjawat awam gagal lengkapkan vaksinasi COVID-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib, ditamatkan perkhidmatan Penjawat awam gagal lengkapkan vaksinasi COVID-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib, ditamatkan perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629094672_Kinabatangan.jpg)
Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang gagal melengkapkan imunisasi COVID-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan apabila dasar baharu berhubung imunisasi melibatkan penjawat awam dilaksanakan mulai 1 Nov ini.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738488541_tbShamsulAzri.jpg)
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
![Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736334182_sprmbernama.jpg)
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.
![JPA dalam proses tambah baik MyPPSM, tingkat pengurusan kewangan peribadi pegawai awam - KPPA JPA dalam proses tambah baik MyPPSM, tingkat pengurusan kewangan peribadi pegawai awam - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737777385_tansriwanahmadda.jpg)
JPA dalam proses tambah baik MyPPSM, tingkat pengurusan kewangan peribadi pegawai awam - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam proses menambah baik Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia untuk memasukkan modul pengurusan kewangan peribadi.
![Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737780435_tansriwanahmadda.jpg)
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
![Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737722821_tansriwanahmadda.jpg)
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
![Ketua jabatan, KSU berdepan tindakan tegas jika gagal penilaian DEEP - KPPA Ketua jabatan, KSU berdepan tindakan tegas jika gagal penilaian DEEP - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737724689_tansriwanahmadda.jpg)
Ketua jabatan, KSU berdepan tindakan tegas jika gagal penilaian DEEP - KPPA
Ketua jabatan termasuk ketua setiausaha (KSU) kementerian yang gagal dalam Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) bakal berdepan tindakan tatatertib lebih tegas.
![SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737520741_Kakitangankerajaan.jpg)
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
![Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000 Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737452797_tuntutanpalsukang.jpg)
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
![SSPA: Kerajaan komited pastikan tiada mana-mana skim sektor awam dipinggirkan SSPA: Kerajaan komited pastikan tiada mana-mana skim sektor awam dipinggirkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737446418_tbWanAhmadDahlan.jpg)
SSPA: Kerajaan komited pastikan tiada mana-mana skim sektor awam dipinggirkan
Kerajaan komited memastikan tiada mana-mana skim dalam sektor awam dipinggirkan daripada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
![JPA bakal laksana sistem penggiliran pegawai di kaunter pelanggan - KSU JPA bakal laksana sistem penggiliran pegawai di kaunter pelanggan - KSU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737367238_TBksnamanat.jpg)
JPA bakal laksana sistem penggiliran pegawai di kaunter pelanggan - KSU
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal melaksanakan pusingan kerja ke atas semua penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan.