KANGAR: Perlis menggalakkan penjawat awam di negeri itu memakai Kebaya Perlis pada hari bekerja sebagai usaha mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wan Badariah Wan Saad berkata Kebaya Perlis dipakai oleh golongan istana dan bangsawan sejak 1930-an lagi dan perlu diketengahkan semula agar warisan itu terus dipelihara.
"Busana ini menjadi amat masyhur pada zaman pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail iaitu Raja Perlis yang keempat (1904-1943) dan menjadi ikutan rakyat jelata untuk ke majlis-majlis kenduri.
"Sempena TMP 2024-2025, kita harap busana Melayu ini dipopularkan kembali agar dapat dijadikan satu daripada produk tarikan pelancongan dan kita perlukan sokongan daripada semua pihak khususnya penjawat awam negeri," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, baju Kebaya Perlis mempunyai keunikannya tersendiri dan sesuai dipakai oleh semua lapisan masyarakat kerana potongan longgar dan menutup aurat wanita.
"Selain waktu bekerja, Kebaya Perlis juga selesa dipakai pada majlis rasmi, kenduri dan musim perayaan seperti sambutan Hari Kebangsaan, Aidilfitri dan sebagainya," katanya.
Menurut Wan Badariah, usaha mempopularkan kembali Kebaya Perlis dapat membantu mengembangkan ekonomi penduduk setempat khususnya pengusaha kedai jahit, butik pengantin dan individu khususnya suri rumah yang berkemahiran menghasilkan busana itu.
Sementara itu, pengarah Muzium Kota Kayang Siti Munirah Kasim berkata Kebaya Perlis mempunyai pengaruh daripada unsur negara Arab iaitu potongannya menutup aurat, tiada pesak dan kekek pada awalnya.
"Baju Kebaya Perlis yang ada pada hari ini melalui evolusi daripada perubahan zaman namun ciri-ciri aslinya masih ada," katanya.
Beliau berkata saranan kerajaan untuk penjawat awam memakai baju Kebaya Perlis dapat mengekalkan identiti dan memelihara warisan negeri Perlis itu.
"Daripada pengalaman saya sendiri, baju Kebaya Perlis selesa dipakai untuk ke tempat kerja kerana potonganya yang longgar dan menggalakkan petugas saya memakai Kebaya Perlis dan Batik Malaysia bila bertugas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Dua sahabat Noordina Nordin (kanan) dan Norazlinda Md Rozali, kelihatan ayu dan sopan memperagakan baju Kebaya Perlis yang menjadi identiti wanita negeri itu di Muzium Kota Kayang, hari ini. - Foto BERNAMA

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan itu memaklumkan usaha pemodenan perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan kelangsungan tenaga kerja dalam jangka masa panjang.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.