Pegawai-pegawai muda kerajaan yang terlibat dalam merangka dasar-dasar negara perlu memastikan setiap maklumat awal yang diperoleh tidak disebarkan kepada umum, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.
Beliau berkata penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai tentang perjalanan suatu urus tadbir kerajaan.
"Kewujudan aplikasi sosial media seperti Whatsapp dan Facebook harus digunakan bagi menyalurkan mesej-mesej positif," katanya pada Majlis Perjumpaan Bersama-sama Pegawai-pegawai kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Ismail berkata pegawai gred 41-48 adalah mereka yang akan merangka semua kertas-kertas dasar kementerian, sebelum disemak pengurusan atasan.
Sebagai bakal pemimpin di masa hadapan, Ismail berkata para pegawai muda perlu meningkatkan kecekapan, serta kemahiran dan mengambil peluang menimba pengalaman pekerjaan, untuk memantapkan lagi pengetahuan supaya dapat menjadi pemimpin yang cekap kelak.
"Penjawat awam perlu ada disiplin diri, laksanakan tugas dengan ikhlas dan tidak melanggar undang-undang dan semangat kekitaan.
"Jangan biarkan rakyat terus beranggapan, bahawa setiap urusan kerajaan adalah rumit, membazir masa dan menyusahkan," katanya.
Ismail turut menasihatkan pegawai-pegawai muda untuk menjaga keharmonian dalam lingkungan kerja kita kerana ia akan membantu mereka melaksanakan tugas dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 22 2019
![Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545170309_TBIsmailBakar.jpg)
ISMAIL: Kewujudan aplikasi sosial media seperti Whatsapp dan Facebook harus digunakan bagi menyalurkan mesej-mesej positif.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736766051_TBPBT.jpg)
Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini
Kerajaan negeri memperuntukkan RM41 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini termasuk bagi menggiatkan lagi kempen 'Kelantanku Bersih'.
![Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711899131_ZafrulPasirSalak.jpg)
Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul
Pelaksanaan subsidi bersasar pada masa akan datang seperti yang dipertimbangkan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara.
![Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711638243_AhmadZahidHamidi.jpg)
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
![Amaran EU, AS: Malaysia berhak tentu dasar sendiri - Fahmi Amaran EU, AS: Malaysia berhak tentu dasar sendiri - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683104776_FahmiFadzil.jpg)
Amaran EU, AS: Malaysia berhak tentu dasar sendiri - Fahmi
Kerajaan hari ini menegaskan bahawa Malaysia mempunyai hak untuk menentukan dasar sendiri.
![Buka parlimen untuk rancakkan semula ekonomi - Shahril Hamdan Buka parlimen untuk rancakkan semula ekonomi - Shahril Hamdan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61596272623_shahrilhamdan.jpg)
Buka parlimen untuk rancakkan semula ekonomi - Shahril Hamdan
UMNO percaya selagi sistem demokrasi berpalimen tergendala, ekonomi tidak akan dapat dirancakkan, tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
![Peranan Parlimen dalam pembangunan ekonomi negara berdepan normal baharu Peranan Parlimen dalam pembangunan ekonomi negara berdepan normal baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71579274228_AGONG.jpg)
Peranan Parlimen dalam pembangunan ekonomi negara berdepan normal baharu
Parlimen perlu menjalankan semakan ke atas ketelusan tadbir urus kerajaan semasa menguruskan COVID-19.
![Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545170309_TBIsmailBakar.jpg)
Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
Penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai.
![Usaha lahir masyarakat quranik bukan retorik - Ahmad Zahid Usaha lahir masyarakat quranik bukan retorik - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523029190_JohanQari.jpg)
Usaha lahir masyarakat quranik bukan retorik - Ahmad Zahid
Usaha itu bermula daripada penentuan dasar negara yang berpaksikan al-Quran yang kemudiannya dilaksanakan di peringkat negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri.