PUTRAJAYA: Penjawat awam sedia ada yang memilih skim pencen tidak akan terkesan dengan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pada sidang media pertamanya di sini hari ini, beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam dan pesara sentiasa terbela.
"Saya ingin menekankan daripada segi pencen kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah (skim pencen) kepada mereka yang dah ada, jadi kalau penjawat awam itu dah bekerja dengan kerajaan tiada apa akan bertukar, (cuma) untuk mereka yang baru masuk, dia akan masuk secara kontrak buat masa sekarang.
"Siapa yang dah ada dalam sistem sekarang kita tak ubah, itu adalah janji yang kita telah buat," katanya.
Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan (MoF) Datuk Johan Mahmood Merican.
Amir Hamzah yang dilantik menyertai Kabinet pada 12 Dis lepas susulan rombakan Kerajaan Perpaduan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tahun ini kerajaan memperuntukkan RM31 bilion untuk pembayaran pencen kepada pesara dan angka itu dijangka meningkat ke RM120 bilion pada 2040.
Beliau turut menarik perhatian bahawa dari segi pengurusan kewangan negara, 48 peratus Belanjawan negara disalurkan kepada emolument dan pencen.
"Jika dapat ringankan beban (kerajaan) yang ada, boleh salur kelebihan tu kepada bahagian lain yang penting untuk rakyat dan negara seperti pendidikan dan kemudahan infratsruktur yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata kerajaan memahami peranan penjawat awam dalam pentadbiran negara penting dan justeru itu kerajaan komited menambah baik kebajikan penjawat awam, antaranya pembayaran bonus RM2,000 yang akan dibayar bulan depan, serta peruntukan RM2.4 bilion untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba.
"Kerajaan juga akan memuktamadkan pelarasan gaji penjawat awam tahun ini selepas kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
"Secara keseluruhan, kerajaan peka dan akan buat yang penting untuk kebaikan penjawat awam," katanya.
Selasa lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam dalam satu surat pekeliling bertarikh 15 Januari, menyatakan suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam pekeliling itu memaklumkan susulan penetapan kaedah lantikan tetap baharu itu, Jemaah Menteri juga telah bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah itu, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dilapor berkata pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sidang media di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto Bernama
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Usah terburu-buru mansuh skim pencen penjawat awam - Mohamed Fadzli
Katanya, banyak isu perlu dikaji sebelum cadangan itu dilaksanakan terutama masa depan penjawat awam selepas menamatkan perkhidmatan.
Skim pencen wakil rakyat: DAP bersama kerajaan - Loke
DAP tetap bersama-sama kerajaan dalam membuat perubahan membabitkan isu skim pencen wakil rakyat, kata Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke.
Kerajaan belum muktamadkan kajian semula skim penjawat awam - Fahmi
Sistem saraan perkhidmatan awam masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci sedang dilaksanakan kerajaan.
Penjawat awam sedia ada pilih skim pencen, tidak akan terjejas - Amir Hamzah
Penjawat awam sedia ada yang memilih skim pencen tidak akan terkesan dengan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
Kerajaan jamin pencen pesara diteruskan, rancang penambahbaikan - Ahmad Maslan
Kerajaan kekal komited meneruskan pencen pesara walaupun berdepan tanggungan perbelanjaan mengurus (OE) semakin meningkat.
Rombakan skim pencen: Penunjuk perasaan anjur mogok baharu di Perancis
Demonstrasi baharu dijadual diadakan di Perancis pada Selasa bagi membantah pembaharuan skim pencen Presiden Emmanuel Macron, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Polisi holistik perlu dilaksanakan untuk berdepan masyarakat menua - Pakar Ekonomi
Skim-skim perlindungan sosial atau pencen yang sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan mereka yang pencen tidak berdepan masalah.
Persatuan sukan kebangsaan saran skim pencen diperluaskan
Reezal Merican berkata KBS akan mempertimbangkan cadangan supaya atlet negara yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik mendapat skim pencen.