KUALA LUMPUR: Penjawat awam akan terus memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan untuk rakyat serta negara bersandarkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah.
Menurut presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat, penjawat awam akan kekal bebas tanpa dipengaruhi sebarang ideologi politik dalam meneruskan khidmat menjaga kesejahteraan negara secara menyeluruh di bawah payung institusi diraja.
"Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.
"Penjawat awam perlulah bijak mendepani cabaran dan memberi tumpuan kepada pengurusan risiko serta sentiasa di lapangan untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas terutama dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, Adnan berkata Cuepacs menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau dan barisan Jemaah Menteri serta berharap kerajaan baharu akan terus menjalankan amanah serta tanggungjawab kepada rakyat dan negara.
Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab untuk memberi keutamaan kepada rakyat dan negara terlebih dahulu daripada kepentingan lain, tidak kira apa jua kerajaan yang memerintah.
Terdahulu, Muhyiddin dalam perutusan khas mengumumkan peletakan jawatannya selepas 17 bulan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan, juga 29 Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinannya.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataanya memaklumkan Seri Paduka berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021

ADNAN: Penjawat awam perlulah bijak mendepani cabaran dan memberi tumpuan kepada pengurusan risiko serta sentiasa di lapangan untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas. - Bernama

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.

Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.

Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.

Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.

Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.

Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.

Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.

Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.

Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.