TAIPING: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani serta mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat.
Pengerusinya Datuk Norliza Abdul Rahim berkata penjenamaan semula itu melibatkan penambahbaikan secara menyeluruh merangkumi aspek pengoperasian, identiti produk serta imej cawangan PTPTN di seluruh negara.
"Saya optimis dengan perasmian PTPTN Cawangan Taiping ini dapat mengukuhkan lagi identiti korporat dan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan PTPTN.
"PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus komited membawa perubahan seiring keperluan semasa dan membuka peluang kejayaan kepada semua selari dengan moto PTPTN iaitu 'Peluang Kejayaan Anda," katanya di sini hari ini.
Terdahulu, Norliza telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat PTPTN Cawangan Taiping yang merupakan lokasi ketiga dibangunkan dengan penjenamaan baharu daripada PTPTN.
Pada majlis sama, Norliza menyampaikan hadiah kepada pemenang Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN bagi negeri Perak dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,000 dalam bentuk akaun Simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
Turut disampaikan sumbangan zakat berjumlah RM10,000 kepada 100 pelajar asnaf di Mukim Batu Kurau dan kariah Masjid Jamek Kamunting yang bakal menerima RM100 setiap seorang dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.
Sementara itu, Norliza berkata setakat ini sebanyak 58 pejabat PTPTN negeri dan cawangan beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sejak 2012.
"Ini termasuklah Pejabat PTPTN Negeri Perak yang telah beroperasi pada 2012 di Ipoh yang merupakan antara terawal ditubuhkan. Terdapat juga tiga Pejabat PTPTN cawangan lain iaitu di Manjung dan Taiping dibuka pada April 2015 dan di Teluk Intan pada Oktober 2015," katanya.
Beliau turut merakam penghargaan kepada kerajaan negeri kerana menyediakan insentif kelahiran anak Perak (TASPEN) dalam bentuk akaun Simpanan SSPN Prime yang telah memberi manfaat kepada 31,271 bayi dengan peruntukan sebanyak RM6.25 juta sejak 2010.
Sementara itu, petugas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sungkai Noor Asmahani Abdull Ghani, 36, berkata beliau tidak menyangka dinobatkan pemenang utama dan membawa pulang RM2,000 bagi Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN Negeri Perak.
Bekas pelajar jurusan Teknologi Makmal Perubatan Kolej PTPL itu berkata wang kemenangan tersebut akan digunakan semula untuk menjelaskan baki pinjaman yang mula dibayar sejak 2016.
"Sejak 2016, saya tak pernah culas untuk bayar pinjaman ini dan saya juga rasa kempen seumpama ini menggalakkan lagi pembayaran dibuat oleh mana-mana peminjam.
Seorang peminjam, G. Kanthini, 24, berkata PTPTN amat membantu dalam menampung kos keperluan harian serta pelajarannya sejak lima tahun lepas dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan Elektronik.
Anak jati kelahiran Bagan Serai itu berkata pembayaran pinjaman tersebut kebiasaannya dilakukan di Pejabat PTPTN Cawangan Taiping setiap bulan.
Seorang lagi peminjam, Musliani Mustafa Abu Bakar, 19, berkata pembayaran pinjaman di PTPTN Taiping amat memudahkan ditambah dengan kemesraan kakitangannya yang sentiasa membantu pelanggan dalam menyelesaikan sebarang urusan.
"Di cawangan baharu ini suasananya lebih selesa dan memudahkan orang ramai untuk membuat pelbagai urusan dengan pihak PTPTN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Norliza berkata penjenamaan semula itu melibatkan penambahbaikan secara menyeluruh merangkumi aspek pengoperasian, identiti produk serta imej cawangan PTPTN di seluruh negara.- Gambar fail/Bernama
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Rebut insentif diskaun bayaran balik PTPTN hingga 31 Mei
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru peminjam supaya memanfaatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman hingga 20 peratus yang ditawarkan oleh agensi itu hingga 31 Mei ini.
Dividen Simpan SSPN 2022 diumum 3.05 peratus, ganjaran kesetiaan 1 peratus
5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN akan menerima manfaat membabitkan anggaran peruntukan RM266.17 juta.
Penangguhan bayaran dan diskaun pinjaman PTPTN dalam tempoh terdekat
Penangguhan bayaran balik dan pengurangan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan dalam inisiatif Belanjawan 2023 akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Bulan Menabung Simpan SSPN 2022 jana terimaan deposit 117 peratus berbanding sasaran
Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatatkan kejayaan dengan terimaan deposit Simpan SSPN berjumlah RM175.8 juta.
PTPTN catat jumlah deposit SSPN RM3.01 bilion bagi 2021
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan sebanyak RM3.01 bilion jumlah deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2021.
Bayaran balik PTPTN dengan diskaun boleh dibuat ikut saluran disediakan
Pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan diskaun yang diumumkan oleh kerajaan bermula 1 Nov ini boleh dibuat menerusi beberapa saluran disediakan.
PTPTN ubah imej dengan Pelan Strategik 2021-2025
Setelah 24 tahun kewujudan, masyarakat perlu menyedari fungsi dan sumbangan utama PTPTN kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan negara.