Penjualan atau pembelian air ketum walaupun untuk tujuan perubatan boleh diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak.
Di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, seseorang boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Walaupun kesalahan menjual dan membeli air ketum tidak seberat dengan kesalahan mengedar atau memiliki dadah ianya tetap salah dari segi undang-undang negara," katanya.
Beliau berkata walaupun kadar penjualan air ketum di Kuala Lumpur tidak begitu serius berbanding di negeri lain seperti di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia, pihak polis tetap memandang serius kesalahan itu dan tidak teragak-agak untuk membuat tangkapan jika mendapat bukti yang kukuh.
Daripada siasatan polis, kebanyakan daripada mereka yang ditangkap di ibu negara kerana kesalahan air ketum adalah bagi bagi kegunaan sendiri dan menjualnya kepada kenalan rapat sahaja, dan bukan untuk tujuan perubatan, katanya.
Wan Abdullah berkata berdasarkan statistik pada tahun 2013 dan 2014 pihak polis Kuala Lumpur menahan seramai 21 orang penjual air ketum berumur di antara 19 hingga 41 tahun di sekitar Wangsa Maju dan Brickfields.
"Dalam tempoh tersebut, kita juga telah merampas sebanyak 18kg daun ketum serta 80 liter air ketum pada 2013, manakala sebanyak 28kg daun ketum dan 115 liter air ketum berjaya di rampas pada tahun lepas," katanya.
Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitragininnya.
Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Akta Racun 1952 dan daun ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Sebelum ini, daun ketum telah lama didakwa menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.
Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini digesa mengkaji semula undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum agar dipinda kepada Akta Dadah Berbahaya, berbanding Akta Racun yang digunakan sekarang yang memperuntukkan hukuman ringan.
Bernama
Thu Mar 19 2015

PDRM: Penjualan air ketum tetap salah walau untuk perubatan - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mac 2025]
Fokus AWANI pagi 3 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. Siasatan bekas PM: SPRM sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas RM7 juta
2. SPRM nafi pilih bulu kes wartawan terima rasuah RM20,000
3. KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
1. Siasatan bekas PM: SPRM sita wang tunai RM170 juta, jongkong emas RM7 juta
2. SPRM nafi pilih bulu kes wartawan terima rasuah RM20,000
3. KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 3 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Ringgit dijangka kekal RM4.45-RM4.47, data ekonomi AS jadi fokus
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.45-RM4.47 berbanding dolar AS, dipengaruhi oleh dasar tarif AS dan data ekonomi utama seperti NFP dan indeks ISM. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menjelaskan kesannya terhadap pasaran dan dasar monetari.
Dividen KWSP & Jurang Pendapatan: Realiti gaji dan simpanan di Malaysia
Adakah dividen KWSP yang tinggi benar-benar mencerminkan peningkatan kesejahteraan kewangan pencarum? Walaupun kadar dividen meningkat, ramai masih berdepan simpanan persaraan yang tidak mencukupi. Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, mengupas isu jurang pendapatan, strategi pelaburan KWSP, dan cabaran ekonomi rakyat Malaysia.
Bagaimana KWSP memastikan pulangan mampan dalam jangka panjang? Adakah model simpanan persaraan ini masih relevan di tengah perubahan ekonomi? Ketahui jawapannya dalam perbincangan ini.
Bagaimana KWSP memastikan pulangan mampan dalam jangka panjang? Adakah model simpanan persaraan ini masih relevan di tengah perubahan ekonomi? Ketahui jawapannya dalam perbincangan ini.

22 motosikal musnah dalam kebakaran awal pagi
Bengkel motosikal termasuk empat buah kedai setingkat jenis kelas B di Kampung Tekah Baru yang terbakar sekitar jam 5.11 pagi tadi.

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand
Suspek melakukan kerja berkenaan secara sambilan dan menerima upah sekitar RM10 untuk membawa masuk bekalan.

Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.

APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan
Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot.

Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.

Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.

Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.

Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion
Individu yang ditangkap membuat, membawa atau menjual narkotik Kategori 3 dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.

Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.

Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum
Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan RM11,100 manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.