GUA MUSANG: Seorang penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) ditahan bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya menerima laporan mengenainya semalam, sebelum suspek lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada 12.21 tengah malam tadi.
"Pihak polis telah menerima satu laporan berkait dengan salah laku oleh petugas agensi kerajaan itu berhubung kehilangan wang kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan agensi berkenaan melalui Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian salah laku ini dilakukan oleh suspek sejak tahun 2016 hingga Mei 2023.
"Suspek membuat 194 transaksi wang dari akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik agensi kerajaan berkenaan ke akaun syarikat milik suspek, yang secara keseluruhan transaksi berjumlah RM24,800,189.73," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Zaki berkata direman hingga 2 Jun untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Vivi Sumanti
Sat May 27 2023
Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya menerima laporan mengenainya semalam, sebelum suspek lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada 12.21 tengah malam tadi. - Gambar fail
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
Filipina mungkin guna platform antarabangsa saman Filipina
Filipina merancang memutuskan platform antarabangsa untuk menyaman China atas dakwaan kerosakan kepada persekitaran marin.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
Indonesia gesa graduan sedia depani cabaran kecanggihan teknologi
Indonesia menggesa graduannya bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital bagi mendepani perubahan landskap pekerjaan global disebabkan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Jualan, harga beras Vietnam dijangka merosot
Sektor beras Vietnam mungkin menghadapi pelbagai cabaran dalam eksport pada 2025 selepas kejayaan pada tahun lalu, Agensi Berita Vietnam memetik pakar pada hari Khamis.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir tahun
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar monetarinya pada Jumaat, langkah pertama seumpamanya sejak Mac 2020.
Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.
Pecah amanah: Identiti sembilan individu dalam Kesedar disalah guna - Ahmad Zahid
Identiti sembilan individu di dalam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dikenal pasti telah disalah guna oleh suspek yang melakukan pecah amanah RM24.8 juta.
Penolong akauntan Kesedar ditahan, kes pecah amanah RM24.8 juta
Seorang penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) ditahan bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta.
Penolong akauntan disyaki rasuah direman 7 hari
Majistret mengeluarkan perintah tersebut selepas suspek wanita berusia 42 tahun itu dibawa ke mahkamah pagi ini.
Penolong akauntan mengaku tidak salah minta suapan
Kakitangan Majlis Daerah Marang itu didakwa menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan pada 12 Januari 2021.