KUALA TERENGGANU: Arena bola sepak Terengganu kehilangan seorang legenda negeri apabila Yusoff Ali, 56, meninggal dunia kira-kira 12.45 tengah malam tadi.
Allahyarham yang bertugas sebagai penolong jurulatih skuad Piala Belia Terengganu menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Wan Rohani Wan Mustapha, 55, dan beberapa anggota keluarga lain, di kediamannya di Kampung Padang Midin di sini akibat serangan asma.
Menurut anak lelakinya, Muhammad Ikhwan Yusoff, 30, sebelum meninggal dunia bapanya telah mengadu sesak nafas.
"Walaupun sedih dengan pemergian ayah, kami relakan pemergiannya di saat sambutan Aidilfitri masih lagi terasa.
"Saya mohon supaya semua peminat bola sepak yang masih mengingati beliau menghadiahkan doa untuk kesejahteraannya di sana," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC) Sdn Bhd Ab Rasid Jusoh menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negeri.
Katanya, pada era 1990-an, Yusoff bukan sahaja dikenali sebagai seorang pemain tengah yang berwibawa, malah disegani kerana idea bernasnya yang menggerakkan kemajuan bola sepak Terengganu.
"Allahyarham juga adalah bekas pemain Harimau Muda dan sebagai penggiat sukan, beliau sangat aktif dan pernah mendapat pengiktirafan sebagai atlet cemerlang negeri," katanya ketika dihubungi.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Burung kira-kira 11.30 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Burung kira-kira 11.30 pagi Sabtu. - Foto ihsan Facebook/TFC

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penolong jurulatih skuad belia Terengganu Yusoff Ali meninggal dunia
Arena bola sepak Terengganu kehilangan seorang legenda negeri apabila Yusoff Ali, 56, meninggal dunia kira-kira 12.45 tengah malam tadi.

Gustavo terlepas baki saingan Musim 2016
Kecederaan menimpa pemain berusia 33 tahun itu bakal merunsingkan ketua jurulatih, Mike Mulvey yang turut kehilangan Ismail Faruqi Ashari yang mengalami kecederaan lutut pada perlawanan sama.