KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai langkah kerajaan untuk memastikan kadar tol empat lebuh raya tidak dinaikkan sehingga tamat tempoh konsesi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden PH berkata, langkah itu merupakan kesinambungan kepada usaha yang dimulakan Kerajaan PH pada Oktober 2019, di mana Majlis Jemaah Menteri pada ketika itu memutuskan secara dasar untuk memulakan proses mengambil alih lebuh raya-lebuh raya tersebut.
Majlis tersebut mendakwa, apa yang diumumkan Perdana Menteri itu adalah dasar PH yang diteruskan hingga ke penghujungnya.
“Ini membuktikan bahawa jika PH terus mentadbir lebih dari 22 bulan dan Langkah Sheraton tidak berlaku, pelbagai dasar yang membantu meringankan beban rakyat dapat dilaksanakan.
“Sebagai contoh, Kerajaan PH telah memulakan usaha menamatkan konsesi lebuh raya dengan mengurangkan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebanyak 18% pada 2020.
"Malah, PH telah merancang untuk memberi diskaun 30% dan tol percuma selama 16 jam sehari di empat lebuh raya ini,” menurut kenyataan itu lagi.
BACA: Tiada kenaikan tol di empat lebuh raya di Lembah Klang - PM
BACA: ALR tawar ambil alih empat syarikat konsesi tol - Fadillah
BACA: Penstrukturan semula lebuh raya: Kerajaan sedang berunding dengan beberapa konsesi tol - Fadillah
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kadar tol di empat lebuh raya di Lembah Klang tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat tempoh konsesi.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya itu.
Penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya itu ialah Kesas Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).
Susulan pengumuman itu, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) menawarkan untuk membeli empat syarikat konsesi tol di Lembah Klang itu.
Jelasnya lagi, penstrukturan semula itu juga menyaksikan tiada lagi pemegang saham berorientasikan keuntungan dan ia bermakna, pemegang saham tidak akan menerima pulangan dalam bentuk seperti dividen.
Mengulas lanjut, Majlis Presiden PH menggesa kerajaan memberi diskaun tambahan kepada pengguna empat lebuh raya tersebut.
Ia juga menuntut kerajaan memberi penjelasan penuh kepada Parlimen berhubung hakmilik ALR, terutama dari sudut kewajipan kewangan dan ketelusan perbelanjaannya.
Firdaus Azil
Tue Apr 05 2022

Majlis Presiden PH berkata, langkah tidak menaikkan kadar tol empat lebuh raya di Lembah Klang itu merupakan kesinambungan kepada usaha yang dimulakan Kerajaan PH pada Oktober 2019.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

RUU Antilompat Parti bertepatan hasrat PH, kerajaan - Majlis Presiden PH
RUU itu perlu dibentang dan dilulus di Parlimen dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Parlimen, iaitu sebelum atau pada 24 Mac depan.

Tun Mahathir tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH
Ketibaan pemimpin berusia 94 tahun itu disambut dengan sorakan 'Hidup Tun M!' daripada penyokong Bersatu.