PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) akan melaksanakan penstrukturan semula dalam kadar segera dengan mewujudkan perjawatan baharu yang tidak akan memberikan implikasi kewangan kepada kerajaan, sebagai antara langkah memperkasa keupayaan sumber manusia.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perbincangan berkaitannya sedang dilakukan dan pihaknya telah mengenal pasti beberapa syor yang akan memberi laluan kerjaya yang lebih baik kepada anggota imigresen yang sedang berkhidmat.
Bercakap pada sidang media selepas taklimat pengoperasian JIM di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata susulan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung perkara berkenaan.
"(Isunya) sebahagian daripada pasukan sokongan ini mereka mempunyai kelayakan tinggi tetapi jawatan yang disandang adalah rendah sedangkan mereka berupaya untuk mengisi perjawatan namun pengisian terhad," katanya.
JIM mempunyai kekuatan keanggotaan seramai 14,142 orang dan daripada jumlah itu, 97 peratus adalah daripada kategori kumpulan sokongan, walaupun ada dalam kalangan mereka mempunyai kelayakan akademik yang tinggi.
Dalam perkembangan lain mengenai kawalan sempadan negara, beliau berkata hal itu antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan semalam di Seri Perdana di sini.
Beliau berkata Malaysia dan Thailand komited untuk mempertingkatkan kawalan sempadan selain bersetuju untuk mengadakan langkah susulan melibatkan pasukan keselamatan negara dan negara jiran.
"Ia bukan hanya khusus kepada insiden pengeboman sama ada di Selatan Thailand mahupun di Bandung (Indonesia) tetapi ini komitmen berterusan kerana kedua-dua negara mempunyai hubungan yang sangat akrab (dengan Malaysia)," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang berkunjung ke luar negara agar peka dengan perkembangan semasa khususnya mengenai destinasi yang dikunjungi selain merancang perjalanan mereka dengan menjauhi lokasi yang dianggap boleh memberi ancaman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Saifuddin berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa syor yang akan memberi laluan kerjaya yang lebih baik kepada anggota imigresen yang sedang berkhidmat. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.

Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.

Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.

'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.

Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.

Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.

Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.