JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengesahkan seorang pensyarah yang dikaitkan dengan soalan kaji selidik berunsur lucah kepada pelajar perempuan, bukan pensyarah di universiti itu.
Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata UTM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes tersebut dan pelajar terbabit juga adalah dari sebuah universiti awam berlainan.
Beliau turut memaklumkan bahawa kes terbabit masih dalam siasatan oleh universiti berkenaan.
"Kita telah merujuk kepada penasihat undang-undang UTM, pelajar itu bukan dari UTM dan kursus (yang tertera di soal selidik) itu tidak ada di UTM.
"UTM tidak ada kaitan, pensyarah itu tidak pernah berkhidmat dengan UTM dan tidak dikenali, kami sudah periksa...kami juga tidak tahu tujuan (mengapa soal selidik itu menggunakan logo UTM)," katanya selepas ditemui pemberita di Majlis Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kes tersebut yang tular di Twitter baru-baru ini selepas seorang wanita dipercayai pelajar tersebut membuat ciapan mengenai soal selidik berunsur lucah yang mempunyai logo UTM itu diberikan oleh pensyarahnya.
UTM-NAFI (LUCAH) 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU
Ahmad Fauzi pada masa sama berkata UTM menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut memandangkan universiti itu tidak terlibat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat menerusi kenyataan semalam berkata pihaknya mengesan satu laporan polis bertarikh 2 Jun tahun lepas, yang tular di Twitter membabitkan kejadian itu.
Beliau berkata kertas siasatan berhubung kes itu sudah dibuka dan semua pihak terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Mohd Fadhil berkata kertas siasatan juga telah dilengkapkan serta dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Perundangan Bukit Aman untuk arahan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, menerusi ciapan Twitter, wanita tersebut dipercayai pelajar berkenaan mendakwa kejadian membabitkan pensyarahnya itu telah berlaku sejak tahun lepas.
Pelajar itu turut berkongsi laporan polis yang dibuatnya dan tangkap layar perbualan dengan pensyarahnya menerusi aplikasi WhatsApp yang memintanya untuk menjadi responden kajian selidik bertajuk 'Soal Selidik Kesedaran Seks Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi'.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022

Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata UTM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes tersebut dan pelajar terbabit juga adalah dari sebuah universiti awam berlainan. - Gambar hiasan/UTM

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Pensyarah dipercayai beri soalan kaji selidik lucah bukan dari UTM
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengesahkan seorang pensyarah yang dikaitkan dengan soalan kaji selidik berunsur lucah kepada pelajar perempuan, bukan pensyarah di universiti itu.