KUANTAN: Seorang pensyarah kanan sebuah institut pengajian tinggi awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM22,866.20, empat tahun lepas.
Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri Abd Aziz Mohd Azoddein, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa mengemukakan penyataan palsu pembelian bekalan untuk penyelidikan dan bayaran penginapan bagi sebuah program atas nama Gomogi Consulting serta membuat perakuan penerimaan bahan untuk kegunaan program atas nama Greentel Solution Enterprise.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 15 Dis 2020 dan 15 Dis 2021 di Jabatan Bendahari universiti berkenaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Asyraf Mohammed Tahir menawarkan ikat jamin RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.
Peguam Muhammad Amirull Afiqq Muhammad Lokman merayu jaminan minimum dikenakan terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh menanggung dua anak masih belajar, seorang abang kandung yang lumpuh serta anak saudara yang merupakan ibu tunggal.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan 27 Ogos untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Abd Aziz dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. - Gambar/ Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
Pensyarah kanan IPTA mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu
Seorang pensyarah kanan sebuah institut pengajian tinggi awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM22,866.20, empat tahun lalu.