NIBONG TEBAL: Pemberian tauliah kepada tokoh agamawan dan ulama Islam di negara ini adalah di bawah perkenan Raja-Raja Melayu dan bukan kuasa Perdana Menteri seperti yang didakwa oleh segelintir pihak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata meskipun Perdana Menteri mempunyai pelbagai kuasa namun dalam soal agama Islam, kuasa itu terletak pada Raja-Raja Melayu.
"Mereka kata sebab Anwar jadi Perdana Menteri, ada orang tak dapat tauliah. Dengar baik-baik. Ada orang akan dapat tauliah dia. Bukan keputusan saya. Ini keputusan Raja-Raja Melayu.
"Saya tidak mencampuri urusan siapa dapat tauliah, siapa tak dapat tauliah," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan di sini hari ini.
Anwar berkata keputusan Raja-Raja Melayu adalah tidak mengizinkan masjid menjadi gelanggang politik sebaliknya ia hanya boleh digunakan untuk pendakwahan dan tazkirah.
Anwar berkata beliau sentiasa menghormati keputusan Raja-Raja Melayu walaupun pernah merayu untuk memberikan pentauliahan kepada beberapa ulama.
"Saya kena hormat, Perdana Menteri ini kuasa dia banyak tapi ada juga kuasa Kerajaan Negeri, ada Raja-Raja Melayu yang menetapkan.
"Jadi yang tidak dapat tauliah, kita buat rayuan kepada Raja. Jangan pi (pergi) kecam Perdana Menteri. Hang (awak) tak reti (faham) undang-undang," katanya.
Beliau juga berkata selain pembangunan masijd, pihak pengurusan premis itu juga harus memberi perhatian kepada kebertanggungjawaban terhadap anggota kariah terutama golongan fakir atau miskin tegar.
Justeru, Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI di bawah pimpinan beliau tidak akan bertolak ansur dalam menyelesaikan isu kemiskinan tegar di seluruh negara pada hujung tahun ini.
Sehubungan itu, beliau meminta ketua kampung, penghulu dan jawatankuasa ranting serta cawangan (parti) untuk mengemukakan senarai keluarga miskin tegar kepada Pejabat Pegawai Daerah supaya Pegawai Daerah boleh membantu mereka sekali gus menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini.
Anwar, yang merupakan anak kelahiran Sungai Bakap, turut mengumumkan peruntukan RM7 juta bagi pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap yang wujud sejak 1798.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal.
Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap merupakan antara tujuh masjid yang telah diperuntuk pembiayaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan jumlah keseluruhan RM18 juta.
Enam lagi ialah Masjid Papan di Seberang Jaya, Masjid Sungai Lokan dan Masjid Sungai Dua Utama di Butterworth, Masjid Bandar Raya Seberang Perai, Masjid Lama Sungai Kechil di Nibong Tebal serta Masjid Bandar Putra Bertam di Bertam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023

Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan hari ini. -Bernama
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025.

Perkongsian strategik Arm: Negara bakal hasilkan ‘cip AI buatan Malaysia’ – PM Anwar
Perkongsian strategik di antara Kerajaan Malaysia dan Arm Holdings Plc dalam pembangunan cip semikonduktor akan menyaksikan negara menghasilkan cip AI buatan sendiri.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat pertama MTMM 2025
Anwar berkata sebarang usul dan keputusan yang dibuat dalam MTMM akan disusuli dengan tindakan lanjut oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR), yang diketuai Ketua Setiausaha Negara.

PM Anwar hadir program Ihya' Ramadan di MOSTI
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 12.10 tengah hari diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta timbalannya Datuk Mohammad Yusof Apdal.

PM Anwar akan turun ke negeri-negeri mulai minggu depan - PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri-negeri mulai minggu hadapan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI.

Kes saman Anwar terhadap Ahmad Amzad selesai secara baik
Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Pemilihan PKR Mei ini penting perkukuh parti, menjelang PRU16 - Shamsul Iskandar
Buat pertama kalinya, anggota parti akan memilih kepimpinan baharu ketika Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

'Jangan kacau, itu (Bella) saya punya' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengambil peluang menyampaikan baju Melayu berona biru dan merah jambu ketika berpeluang bertemu Perdana Menteri.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.