Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 11 malam.
Beliau berkata, sepsukan anggota dari BBP Jitra dan BBP Bukit Kayu Hitam serta dibantu BBP Alor Setar tiba di kejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi api sedang marak membakar reban ayam dua tingkat yang menempatkan sebanyak 50,000 ekor namun yang mati kira-kira 48,000 ekor.
"Operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Pinang, PBS Seberang Nyonya, PBS Pokok Sena, PBS Jalan Kundur dan PBS Kilang Tebu serta Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Bustan berkata, kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.
Beliau berkata, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)