TUMPAT:Laguna Sri Tujuh di sini hari ini menjadi tumpuan ramai apabila lebih 20 penternak siakap dan kerapu di kawasan itu melelong ikan ternakan mereka yang mati akibat kualiti air yang merosot susulan pelepasan air menerusi pintu air Sungai Tapang dikatakan membawa kelodak dan sisa tumbuhan ke kawasan ternakan, sejak petang semalam.
Tinjauan Bernama mendapati sepanjang jalan di laguna itu menjadi sesak daripada kebiasaan apabila penggemar ikan berkenaan membanjiri gerai jualan untuk membeli ikan pada harga murah.
Seorang penternak dan penjual ikan Rosli Ismail, 37, berkata kebanyakan pengusaha terpaksa melelong ikan-ikan mereka pada harga yang amat murah, bagi mengelak daripada menanggung kerugian yang besar.
"Bayangkan ikan siakap saya seberat empat sehingga enam kilogram tiap seekor ini, kira-kira 6,000 ekor, jika tidak dijual saya akan kerugian beratus ribu ringgit. Hari ini kami jual dengan harga separuh daripada biasa malah ada yang tidak sampai RM10 seekor bagi mengelak kerugian," katanya ketika ditemui di laguna itu.
Menurutnya kira-kira 50 daripada lebih 90 penternak ikan dalam sangkar di laguna itu berdepan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit seorang selepas banyak ikan ternakan mati akibat kualiti air yang merosot mulai pukul 3.00 petang semalam.
Kejadian itu dikatakan berpunca daripada pelepasan air menerusi pintu air Sungai Tapang ketika proses pembersihan sungai, termasuk membuang pokok keladi yang memenuhi permukaan sungai sehingga menyebabkan keladak dan sisa tumbuhan dialirkan, masuk ke kawasan ternakan.
Timbalan Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Sri Tujuh Mohamad Abdullah berkata pihak berkenaan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada penternak sebelum membuka pintu air yang menyebabkan kelodak kotor memenuhi laguna berkenaan.
"Apabila air kotor masuk, ia menyebabkan oksigen tidak mencukupi sehingga ikan siakap dan kerapu yang matang ini mati," katanya.
"Hari ini ikan yang baru mati kami jual dengan harga separuh sahaja dan kami harap pihak berkaitan dapat membantu meringankan beban kami ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020

Kebanyakan pengusaha terpaksa melelong ikan-ikan mereka pada harga yang amat murah, bagi mengelak daripada menanggung kerugian yang besar. -Gambar Bernama
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Stok bekalan ikan mencukupi tampung keperluan musim Monsun Timur Laut
Setakat ini sebanyak 1,600 tan metrik ikan sejuk beku dalam simpanan stok penimbal bagi menampung keperluan pada musim berkenaan.

Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.

Pemancing lawan buaya kerana ikan
Kejadian berlaku apabila pemancing tersebut berjaya menangkap ikan tersebut dengan menggunakan pancingnya di tepi sebatang sungai.

Ikan berbentuk seperti torpedo di California
Kelibat ikan itu dirakamkan menerusi rakaman video pada kedalaman 300 meter di teluk tersebut.

Sungai Ranggon tercemar, puluhan ikan dan udang ditemui mati
Penduduk kampung terutama nelayan sungai di kawasan itu meminta pihak berwajib mengatasi masalah yang dihadapi sejak seminggu lalu.

Pengusaha lelong ikan air tawar elak kerugian akibat banjir
Kesemua ikan berkenaan berjaya dijual dalam tempoh kurang 24 jam menerusi penggunaan media sosial.

Kenderaan ROV temui ikan kepala lut sinar
Ikan itu mempunyai dua lekukan kecil di belakang mulut.

Pemancing tangkap ikan bertaring di AS
Mike Powel menangkap hidupan laut yang dikenali sebagai ikan berkepala ular atau 'frankenfish" di tasik.

Mampu capai usia sehingga 400 tahun, kenali Greenland Shark
Jerung Greenland adalah haiwan vertebrata yang mempunyai jangka hayat paling lama, malah mampu mencecah 400 tahun.

Trend pendaratan ikan tunjuk tanda pemulihan - Jabatan Perikanan
Antara langkah yang telah diambil ialah pindaan Akta Perikanan 1985 dan pengezonan semula kawasan penangkapan ikan.