KUALA LUMPUR: Adalah penting untuk memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kesihatan buah pinggang berikutan jumlah penghidap penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD) yang menjalani dialisis di Malaysia dijangka mencecah 106,000 orang pada 2040, menurut seorang perunding nefrologi.
Dalam satu kenyataan bersama Hari Buah Pinggang Sedunia, Dr Wong Hin Seng dari Pusat Perubatan Sunway berkata antara punca utama ESKD ialah diabetes, yang merupakan 53 peratus daripada kesemua pesakit ESKD pada 2021, dituruti oleh penyakit darah tinggi yang menyumbang kepada 33.9 peratus jumlah pesakit.
"Memandangkan kedua-dua penyakit ini adalah punca utama penyebab ESKD, adalah penting seseorang itu menjalani gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko menghidap diabetes dan darah tinggi.
Jika individu yang menghidap diabetes dan/atau darah tinggi , mereka perlu memastikan penyakit mereka dikawal secara optimum. Mereka seharusnya memantau kesihatan buah pinggang mereka secara tetap dengan ujian darah dan air kencing serta menjauhi ubat atau tambahan ubat yang diketahui atau disyaki berpotensi menjadi bahan toksik kepada buah pinggang," kata beliau.
Untuk melindungi sealnjutnya risiko ESKD, Dr Wong berkata lakukan penyaringan kesihatan secara tetap, mengekalkan diet sihat yang rendah garam dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, kekal aktif dan berhenti merokok kerana langkah-langkah ini bukan hanya menjaga kesihatan keseluruhan badan, malah juga buah pinggang.
Dr Wong berkata kelaziman penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat daripada 9.07 peratus pada 2011 kepada 15.48 peratus pada 2018, peningkatan 70 peratus dalam tempoh tujuh tahun.
Beliau berkata berikutan kos dialisis adalah sangat mahal, ini akan seterusnya membebankan penjagaan kesihatan dan ekonomi negara dengan kewujudan 50,150 pesakit yang menjalani dialisis pada 2020.
Sementara itu, Dr Wong berkata pemindahan buah pinggang memberikan hasil yang jauh lebih baik daripada dialisis.
Bahkan, beliau berkata pemindahan buah pinggang sebelum dialisis dimulakan memberikan keputusan yang terbaik dan mengelakkan komplikasi daripada dialisis kronik.
"Maka, semua pesakit yang baharu dikesan mengalami ESKD seharusnya memikirkan dan meneroka pilihan pemindahan buah pinggang sebelum memilih dialisis jangka panjang. Kebaikan ketara pemindahan buah pinggang kepada pesakit dan keluarga ialah mereka tidak perlu lagi merancang kehidupan mereka menurut jadual dialisis pesakit," katanya.
Dr Wong berkata mereka yang menerima sumbangan buah pinggang, selain daripada menjalani gaya hidup sihat, mereka hanya perlu komited untuk mengambil ubat " immunosuppressant" sepanjang hayat bagi memastikan tubuh mereka tidak menolak buah pinggang sumbangan.
Bagaimanapun, beliau berkata adalah penting kepada kedua-dua pesakit dan penderma sedar bahawa buah pinggang yang disumbangkan itu mungkin tidak bertahan selamanya kerana buah pinggang penderma yang masih hidup, puratanya ia bertahan antara 15 hingga 20 tahun dan kadar kelangsungan hidup lima tahun kepada mereka yang menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang ialah 90 peratus.
Katanya ini adalah jauh lebih baik daripada dialisis yang kira-kira separuh daripada mereka masih hidup selepas lima tahun menjalani rawatan itu.
Dr Wong percaya adalah lebih baik untuk seseorang pesakit untuk menerima organ daripada penderma yang masih hidup yang telah dinilai keserasian mereka dan pembedahan pemindahan dilakukan mengikut perancangan.
"Penderma yang masih hidup boleh menyumbangkan buah pinggang mereka kepada pasangan mereka dan saudara peringkat pertama dan kedua. Saudara peringkat pertama ialah ibu bapa seseorang, anak atau adik-beradik seibu dan sebapa sementara saudara peringkat kedua ialah datuk, nenek, cucu, ibu saudara, bapa saudara, anak saudara lelaki dan perempuan atau adik beradik sama ada seibu atau sebapa," katanya.
Oleh kerana kekurangan penderma dalam kalangan mereka yang meninggal dunia di negara ini, Dr Wong berkata purata masa menunggu pesakit yang menjalani dialisis menerima buah pinggang daripada penderma yang mati ialah lebih dari 10 tahun dan kebanyakan mereka meninggal dunia akibat penyakit dihidapi semasa menunggu organ yang akan diperoleh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Dr Wong berkata, pemindahan buah pinggang sebelum dialisis memberi keputusan yang terbaik dan mengelakkan komplikasi daripada dialisis kronik. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penting untuk tingkatkan kesedaran terhadap kesihatan buah pinggang
Menurut Dr Wong Hin Seng, antara punca utama ESKD ialah diabetes, diikuti penyakit darah tinggi.