KUALA LUMPUR: Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak akan dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada peruntukan yang diberikan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penubuhan jabatan itu dianggarkan menelan belanja RM86 bilion, dan sebahagian besar kos adalah untuk mengambil sejumlah besar kakitangan baharu bagi mengendalikan jabatan itu.
Beliau berkata ketika ini, kebanyakan pegawai dalam kementerian sudah mempunyai tugas sendiri, malah ramai yang terpaksa memikul banyak tugasan berbeza setiap hari.
"Memang kita nak mulakan tahun ini tetapi nak tengok berapa banyak yang boleh diberikan kepada kita dulu.
"Kita tak dapat buat semua yang dikehendaki, kalau ikut anggaran kita perlukan kira-kira RM86 bilion, jadi sebab itu kena mula sikit demi sedikit.
"Namun begitu, yang penting kelulusan sebab bila sudah lulus, kita sudah boleh mula mengatur perancangan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Keusahawan Wanita Bangkit Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di ibu negara, pada Sabtu.
Perincian berkaitan penubuhan jabatan itu juga akan dibincangkan secara teliti bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan.
Terdahulu pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2023, telah mengumumkan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak.
Dalam pada itu, Nancy berkata peruntukan RM8 juta kepada Pusat Sokongan Sosial Sehenti (OSSC) akan digunakan untuk menaik taraf pusat dan memastikan keberkesanannya dipertingkatkan.
“Apa sahaja yang kita ada sekarang perlu diperbaiki, malah keperluan asas seperti kemudahan air minuman bersih juga kadang-kadang tidak mencukupi.
“Ini termasuk memastikan penginapan yang sesuai untuk mangsa tinggal di pusat perlindungan sambil menyediakan makanan seimbang yang sesuai," ujarnya.
Madiha Abdullah
Sat Feb 25 2023

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) bergambar bersama usahawan-usahawan wanita pada Program Wanita Bangkit KPWKM bersama Menteri hari ini. - Foto BERNAMA

Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump
Presiden Ukraine menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine.

Menteri Luar Mohamad adakan lawatan rasmi pertama ke Iran
Mohamad mengadakan lawatan rasmi pertama ke Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.

Masjid, surau bukan tempat sebar dakyah songsang - Sultan Nazrin
Sultan Perak tegur segelintir pihak yang salah guna masjid bagi menyebar dakyah fitnah serta berkepentingan politik kepartian.
‘STEM Talent in the Age of AI’
As Malaysia prepares for an AI-driven future, STEM education and workforce readiness play a critical role. Rushdi Abdul Rahim (MIGHT) and Mohamed Firouz Asnan (UTP) discuss evolving industry expectations, AI readiness, and the strategies needed to develop a future-proof talent pool.

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari
Negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

PM Anwar lakukan lawatan kerja dua hari ke Vietnam - Wisma Putra
Perdana Menteri Anwar dijadualkan menyampaikan ucaptama di ASEAN Future Forum (AFF) 2025.

Kejadian tikam di utara Melbourne, 4 remaja ditahan
Tiga lelaki cedera, manakala empat remaja ditahan susulan pergaduhan yang berakhir dengan insiden tikaman di utara Melbourne.

Industri gas global memainkan peranan utama dalam peningkatan permintaan tenaga dunia - IGU
Industri gas global memainkan peranan utama dalam mengenal pasti cara baharu untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga dunia yang terus meningkat.

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.

Restoran kari kepala ikan terkenal terbakar
Ketika kejadian restoran tersebut tidak beroperasi kerana kebanyakan pekerjanya sedang bercuti dan kebakaran tidak melibatkan mangsa.

Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak akan dilaksana secara berperingkat - Nancy
Penubuhan jabatan itu dianggarkan menelan belanja RM86 juta, dan sebahagian besar kos adalah untuk mengambil kakitangan baharu.