Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peringkat persekutuan oleh Raja-raja Melayu turut dipersetujui dan diluluskan Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata ia sekaligus menepis dakwaan kononnya penubuhan itu disebabkan kerajaan Pakatan Harapan tidak dipercayai oleh Raja-raja Melayu seperti anggapan sesetengah pihak.
"Dalam hal ini, kita mempunyai persefahaman dengan Majlis Raja-raja, malah Kabinet juga telah meluluskan penubuhan jawatankuasa ini, yang bermakna ia bukan perkara terasing.
"Ia adalah sinergi di antara kehendak kerajaan dan kemahuan Raja-raja Melayu yang akhirnya membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam tersebut," katanya mengulas mengenai kekeliruan di sebalik pengumuman penubuhan jawatankuasa itu pada Isnin.
Beliau ditemui pemberita sejurus selesai mengadakan pertemuan bersama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy di pejabatnya, di sini.
BACA: Mufti Perlis dan Ramasamy berdamai, isu LTTE dan Zakir Naik selesai
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pada Isnin, berkata penubuhan jawatankuasa melibatkan lima anggota itu antara lain bertujuan menambah baik institusi Islam di peringkat persekutuan.
Dipengerusikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan (Perak) Datuk Dr Afifi al-Akiti sebagai timbalan, jawatankuasa itu turut dianggotai tiga tokoh lain iaitu Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan, Datuk Nooh Gadot dan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Kesemua mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dengan perkenan Raja-raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lepas, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-249.
Menurut Syed Danial jawatankuasa itu berfungsi mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa serta keberkesanan agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman syariah di peringkat persekutuan.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata penubuhan majlis itu adalah secara one-off, atau kira-kira lima bulan seperti mana yang dicadangkan dalam mesyuarat jemaah menteri.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan termasuk wakil parti politik, badan bukan kerajaan dan tokoh tertentu bagi menghasilkan cadangan ke arah penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan.
Laporan atau cadangan itu kemudiannya akan digunakan bagi membantu kerajaan melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam pentadbiran hal ehwal Islam, katanya.
Mujahid berkata penubuhan jawatankuasa itu juga tidak berlawanan dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) kerana kedua-duanya memfokuskan kepada dua bidang berbeza.
Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata kerajaan akan meneruskan Dasar Tahfiz Negara (DTN) yang diperkenal kerajaan terdahulu dengan menambah baik beberapa perkara melibatkan pengendali institusi tahfiz, kurikulum, guru dan pedagogi yang digunakan serta matlamat akhir ke atas setiap pelajar yang dihasilkan.
Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian bagi memastikan keupayaan pelajar dan institusi tahfiz dapat diperkasakan seiring peredaran zaman dan sektor pendidikan.
"Kita mempunyai Darul Quran di Kuala Kubu Bharu yang boleh dijadikan panduan bagaimana institusi tahfiz perlu berperanan yang meletakkan matlamat akhir pelajar tidak semestinya bekerja sebagai Imam selepas tamat pengajian," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim menyambut baik inisiatif tersebut dalam menyelesaikan isu pertikaian terbuka berhubung LTTE dan Dr Zakir Naik.
"Saya juga menghargai kesudian dua tokoh tersebut memenuhi undangan Menteri dan menunjukkan kematangan pemikiran serta lebih mengutamakan keharmonian bangsa dan negara.
"Dialog berlangsung penuh mesra sebagai rakyat Malaysia yang menghormati perbezaan etnik, agama dan budaya wajar dicontohi oleh semua," katanya.
Beliau berkata kejayaan itu merupakan titik-titik penting pembinaan bangsa Malaysia yang dinamis, saling menghormati perlembagaan serta prinsip-prinsip Rukun Negara.
Katanya Jakim sentiasa menyokong sebarang usaha dalam melakar jalan ke hadapan merangka model pembinaan negara bangsa yang memahami kepelbagaian dalam sebuah negara dan merapatkan jurang dalam perbezaan. -- Bernama
Bernama
Tue Jul 31 2018

Penubuhan jawatankuasa melibatkan lima anggota itu antara lain bertujuan menambah baik institusi Islam di peringkat persekutuan. - Gambar hiasan

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam diluluskan Kabinet
Ia sekali gus menepis dakwaan kononnya penubuhan itu disebabkan kerajaan Pakatan Harapan tidak dipercayai oleh Raja-raja Melayu seperti anggapan sesetengah pihak.