KUALA LUMPUR: Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023 akan meningkatkan secara strategik usaha negara untuk memerangi jenayah siber, menurut sebuah organisasi keselamatan siber.
Pengarah Urusan Trend Micro Malaysia and Nascent Countries Goh Chee Hoh berkata langkah keselamatan siber bersasar yang digariskan bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan siber negara tetapi turut meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan dan pengguna akhir.
"Kami menyambut baik penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan institusi kewangan.
"Penubuhan pusat itu sudah tentu bersinergi baik dengan cadangan peruntukan RM73 juta kepada CyberSecurity Malaysia (CSM) untuk mengukuhkan daya tahan keselamatan siber negara dengan menambah baik keupayaan pemantauan, pengesanan dan pelaporan jenayah siber," katanya dalam kenyataan.
Goh berkata beliau percaya kerajaan akan kekal teguh dalam mengukuhkan pendirian keselamatan data negara dengan terus menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada untuk melindungi negara daripada risiko siber baharu atau meningkat oleh penjenayah siber.
"Selain daripada mewujudkan infrastruktur yang diperlukan, pelaburan dan langkah-langkah keselamatan siber yang proaktif dan berkesan juga perlu dilihat untuk memastikan kesinambungan perniagaan," katanya.
Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K Raman berkata bajet yang diperuntukkan kepada CSM perlu diketengahkan berikutan keselamatan siber merupakan pertimbangan utama yang boleh memberi impak kepada daya tahan negara dalam ekonomi digital.
Beliau berkata sebagai sebuah syarikat yang meletakkan kepercayaan sebagai teras dalam semua aspek, mempunyai landskap digital yang selamat penting untuk usaha masa depan.
"Oleh itu, Microsoft sedang meneroka kerjasama dengan kerajaan terutamanya dalam strategi keselamatan siber untuk meningkatkan daya tahan digital negara.
"Kami menyokong Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dalam bidang berkaitan pembinaan kapasiti, memberikan pandangan dan keupayaan sektor swasta serta amalan terbaik mengenai dasar dan peraturan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022

Langkah keselamatan siber bersasar yang digariskan bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan siber negara tetapi turut meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan dan pengguna akhir. - Gambar hiasan
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.

NSRC rekod kerugian berjumlah RM1.34 bilion bagi kes jenayah dalam talian - Teo
Pusat Respons Scam Kebangsaan merekodkan kerugian berjumlah RM1.34 bilion melibatkan 33,235 kes jenayah dalam talian dari 1 Jan hingga 8 Dis tahun lepas.

'Scammer' menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan, tipu mangsa hampir RM1 juta
Polis menerima 24 laporan berhubung kes penyamaran sebagai pegawai daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melibatkan nilai kerugian berjumlah RM729,995.20.

Polis terima 23 laporan menyamar pegawai NSRC babit kerugian lebih RM700,000
Polis menerima 23 laporan berkaitan kes menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak awal Januari hingga kini.

Belanjawan 2024: RM20 juta kepada NSRC bukti kerajaan ambil berat isu jenayah scam - Fahmi
Peruntukan RM20 juta yang diberikan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan membuktikan kerajaan amat mengambil berat berhubung isu penipuan dalam talian.

Orang ramai dinasihat berhati-hati penipuan firma perancangan kewangan palsu - FPAM
Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan skim pelaburan meragukan yang menggunakan nama syarikat perancangan kewangan yang sah.

NSRC sebagai pusat setempat tangani kes jenayah penipuan siber dengan segera - Wan Junaidi
Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan membolehkan tindakan bersepadu dan segera bagi menyekat pengaliran dana selanjutnya serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelaku jenayah siber.

Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan tingkatkan langkah keselamatan siber
Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023 akan meningkatkan secara strategik usaha negara untuk memerangi jenayah siber.