PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis memutuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian yang bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Azizul Azmi Adnan sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan difailkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mereka ialah Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
Pada Disember 2019, lima NGO iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mappim, Gapena dan Isma memfailkan saman terhadap 13 pihak antaranya kerajaan Malaysia, kumpulan pendidik Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia serta Persatuan Tamilar Thurunal (Perak).
I-Guru pula menamakan Menteri Pendidikan dan kerajaan Malaysia, memohon deklarasi bahawa Seksyen 17 serta Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 adalah tidak konsisten dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, maka ia perlu dibatalkan.
NGO-NGO itu mencabar keabsahan sekolah vernakular dan menyatakan penggunaan bahasa Mandarin serta Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Majlis Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Tamil Neri Malaysia, Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia, MCA dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah dibenarkan mencelah dalam saman yang difailkan oleh I-Guru.
Pada 29 Disember 2021, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak saman GPMS, Mappim, Gapena and Isma.
Mohd Nazlan memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.
Pada 29 Mei tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman, Abazafree Mohd Abbas (kini Hakim Mahkamah Tinggi) turut memutuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan ketika beliau menolak saman I-Guru.
Pada Disember 2021 dan Mei 2022, Mappim, Gapena, Isma dan I-Guru merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kota Bharu yang menolak saman mereka.
Bagaimanapun, hanya GPMS tidak memfailkan rayuan.
Semasa hujahan prosiding rayuan itu, peguam kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, mewakili Menteri Pendidikan dan kerajaan berhujah bahawa penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah terbabit.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mappim dan Gapena dalam hujahan balasnya berkata, disebabkan pendidikan merupakan urusan rasmi, maka penggunaan bahasa sebagai medium pengajaran wajiblah dalam bahasa Melayu.
Katanya, Mohd Nazlan terkhilaf apabila memutuskan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular adalah sah dan berperlembagaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 23 2023
![Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679560166_IstanaKehakiman.jpg)
Mahkamah Rayuan pada Khamis memutuskan penubuhan sekolah vernakular adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pelajar sekolah vernakular tidak berdepan masalah kuasai Bahasa Melayu - KPM Pelajar sekolah vernakular tidak berdepan masalah kuasai Bahasa Melayu - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717766133_WongKahWoh.jpg)
Pelajar sekolah vernakular tidak berdepan masalah kuasai Bahasa Melayu - KPM
Pertandingan Forum Pelajar dan Festival Bahasa dan Sastera memupuk penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar SMPC, SJKC dan SJKT.
![Isu sekolah vernakular: Polis selesai rakam keterangan Teo Kok Seong Isu sekolah vernakular: Polis selesai rakam keterangan Teo Kok Seong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710494298_DrTeoKokSeong.jpg)
Isu sekolah vernakular: Polis selesai rakam keterangan Teo Kok Seong
Keterangan diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
![Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710399590_FARIZHAZURIN.jpg)
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
![Kantin dibuka: Saya tak mahu anak bukan Islam makan dalam stor - Fadhlina Kantin dibuka: Saya tak mahu anak bukan Islam makan dalam stor - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710325143_TBFadhlinaSidek.jpg)
Kantin dibuka: Saya tak mahu anak bukan Islam makan dalam stor - Fadhlina
Fadhlina berkata perkara itu bukan dasar baharu dan ia hanya dilaksanakan khusus untuk sekolah yang mempunyai murid bukan Islam.
![Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin Nasution Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710166630_SaifuddinNasution.jpg)
Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin Nasution
Satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.
![Sekolah vernakular tarikan perpaduan negara, bukan pemisah etnik - Aaron Sekolah vernakular tarikan perpaduan negara, bukan pemisah etnik - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706779803_AaronAgoDagang.jpg)
Sekolah vernakular tarikan perpaduan negara, bukan pemisah etnik - Aaron
Sekolah vernakular bukan satu faktor yang menjurus ke arah perpecahan, sebaliknya ia menjadi tarikan ke arah perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
![KPM tetap iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina KPM tetap iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710126031_TBFadhlinaSidek.jpg)
KPM tetap iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan mengambil maklum gesaan sesetengah pihak untuk mengkaji semula sistem pendidikan vernakular.
![Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan sekolah vernakular berperlembagaan Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan sekolah vernakular berperlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708416457_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan sekolah vernakular berperlembagaan
Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini gagal dalam permohonan untuk mengisytiharkan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak
![Sekolah vernakular: Dua pertubuhan mohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan Sekolah vernakular: Dua pertubuhan mohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Sekolah vernakular: Dua pertubuhan mohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Mereka merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan bagi pengisytiharan bahawa sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah berkenaan adalah tidak berperlembagaan.
![Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679560166_IstanaKehakiman.jpg)
Penubuhan sekolah vernakular sah, boleh tutur bahasa Mandarin, Tamil
Mahkamah Rayuan putuskan penubuhan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar sah dengan Perlembagaan Persekutuan.