Penulisan sejarah harus berdasarkan fakta dan bukan sekadar mengikut perspektif penulis yang mahu menaikkan nama seseorang tokoh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ini pernah berlaku apabila buku sejarah sesuatu negeri atau republik ditulis mengikut perspektif penulis hingga menyebabkan tokoh asal yang membuka negeri itu diketepikan dan sebaliknya nama tokoh lain ditonjolkan.
"Walaupun tokoh yang ditulis penulis itu disebut oleh pakar sejarah namun fakta sebenar diputarbelitkan sehingga mengelirukan orang ramai," katanya.
Beliau berkata demkian ketika merasmikan majlis penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) 2015 dan Pelancaran Novel Sejarah anjuran DBP dan PSM di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Datuk Seri Salleh Yaapar dan Pengerusi Eksekutif PSM, Tan Sri Omar Hashim.
Ahmad Zahid berkata beliau bukannya seorang rasis tetapi berharap supaya sejarah harus ditulis berdasarkan fakta kukuh bagi membuktikan sesuatu peristiwa itu benar-benar berlaku.
"Dalam penulisan sejarah, penulis harus menghidangkan golongan muda (generasi Y dan Z) dengan fakta sejarah berdasarkan kepelbagaian metodologi supaya mereka tidak melihat sejarah itu sebagai nostalgia," katanya.
Pada majlis itu, lapan novel sejarah terbitan DBP dilancarkan iaitu Mengukir Larut karya Amer Hamzah L Kadir, Puteri Negeri Rindu karya Rahimah Muda, Awang-Kembara Mengelilingi Dunia karya Kamaludin Abduk Settar, Raja Asal Permata Di Bumi Kuala Lumpur karya Kamarulzaman Jaafar, Setanggi Zaman karya Wan Noor Wan Cik, Sumpah Bukit Sadok karya Idris Boi, Malaysia Milik Kita karya Nor Azila Ishak dan Jene karya Kasajiza A S (Zainal Abas).
Ahmad Zahid berkata DBP dan PSM harus bersama-sama melakukan kajian mengenai sejarah dengan lebih mendalam agar pembaca memahami sejarah kehidupan lampau dengan lebih jelas dan lengkap. -- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017

Datuk Seri Ahmad Zahid (tiga, kiri) merasmikan Novel Sejarah pada Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) hari ini. -Bernama

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Komoditi: pencuri kopi meningkat di A.S akibat harga biji kopi melambung
Kes kecurian muatan trak yang membawa biji kopi mentah semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan lonjakan harga kopi ke paras tertinggi sepanjang tahun lalu.
Kemalangan laut: kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Sebuah kapal tangki yang membawa bahan api jet untuk tentera Amerika Syarikat bertembung dengan sebuah kapal kontena di luar pesisir timur laut England pada Isnin.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.
Pasca perang: SDF setuju sertai institusi negara baharu Syria
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan institusi negara baharu Syria, menurut kenyataan Pejabat Presiden Syria pada Isnin.
Kekejaman zionis: israel sekat makanan, bantuan, situasi gaza memburuk
Sekatan Israel terhadap kemasukan barangan ke Gaza memberi kesan buruk kepada penduduk Palestin, dengan beberapa kedai roti terpaksa ditutup dan harga makanan meningkat.
Inisiatif SMJ: Ekonomi biru bawa peluang besar untuk Sabah
Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat bertujuan meningkatkan pendapatan negeri dan memberi peluang kepada rakyat menyertai ekonomi biru.
Inisiatif SMJ: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Penduduk luar bandar yang berpindah ke bandar menghadapi masalah penempatan dan sewa yang tinggi, yang akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

1MDB tiada kepentingan sejarah untuk diabadi dalam buku teks - Pakar
Kes itu masih dibicarakan di mahkamah, ada konsep subjudis yang mana kita tidak boleh bicarakannya apatah lagi masukkan dalam sejarah.