GUA MUSANG: Seorang pemuda mengalami kecederaan di muka dan kaki selepas dipercayai merempuh seekor harimau belang ketika menunggang motosikal di Jalan Gua Musang-Jeli, di sini malam tadi.
Pemilik kebun Muhammad Zulhilmi Mokhtar, 26, berkata detik cemas tersebut berlaku kira-kira 9.30 malam apabila haiwan tersebut secara tiba-tiba keluar dari kawasan semak di bahagian kanan jalan dan merempuh bahagian tayar hadapan motosikal yang ditungganginya.
"Ketika kejadian saya dalam perjalanan ke Sungai Terah untuk bermain badminton melalui jalan berbukit yang gelap tanpa lampu di kiri dan kanan jalan.
"Saya sempat melihat kelibat harimau belang sebelum kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu.
"Selepas terjatuh dari motosikal, saya bangun dan berlari sejauh 100 meter untuk mendapatkan pertolongan daripada pengguna jalan raya lain dengan menyalakan lampu telefon bimbit," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Lembaga, di sini hari ini.
Muhammad Zulhilmi berkata dia mengalami kecederaan di bahagian atas kening sebelah kanan dan di bahagian kaki kiri.
Katanya, beliau dibawa seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang.
"Saya tidak pasti adakah harimau itu sememangnya bertindak untuk menyerang saya atau sekadar ingin melintas jalan kerana lokasi itu berada berdekatan kawasan hutan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata pihaknya telah menerima makluman tentang kejadian tersebut.
"Pihak kami sudah ke lokasi kejadian dan masih menyiasat kejadian yang berlaku.
"Kesan bulu yang ada pada motosikal mangsa sudah di hantar ke makmal untuk pengesahan adalah haiwan terbabit adalah harimau belang seperti yang didakwa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Muhammad Zulhilmi Mokhtar, 26, berkata detik cemas tersebut berlaku kira-kira 9.30 malam apabila haiwan tersebut secara tiba-tiba keluar dari kawasan semak. - Gambar/ Bernama
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
JPJ periksa 1,106 kenderaan dalam Op Sepadu menjelang Tahun Baharu Cina
Sebanyak 1,106 kenderaan diperiksa dengan 124 daripadanya dikenakan tindakan semasa Op Sepadu Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur malam tadi.
Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni – Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menegaskan bahawa petugas kaunter kerajaan perlu mengamalkan sikap mesra, responsif, dan berintegriti ketika berurusan dengan masyarakat.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.
Trump sahkan bom 907.2 kg 'dalam perjalanan' ke Israel
Pentagon menarik balik sekatan terhadap penghantaran bom yang dikenakan oleh Biden pada Mei lepas.
AWANI Ringkas: COVID-19 berpunca daripada insiden makmal?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja maut selepas dicampak bapa ke dalam laut
Mangsa mengalami kecederaan serius pada muka dan kepala akibat terkena kipas bot dan meninggal dunia di Hospital Kuraburi Chaipat.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Agong dan PM luang masa bersarapan
Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi sarapan pagi di sebuah restoran di Masjid India, Kuala Lumpur.
Menurut hantaran di Facebook, sesi tersebut menarik perhatian pelanggan restoran yang mengambil peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Baginda Tuanku.
Menurut hantaran di Facebook, sesi tersebut menarik perhatian pelanggan restoran yang mengambil peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Baginda Tuanku.
Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.
Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.