Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang sedang berhenti di tepi jalan ekoran mengalami kerosakan.
Kemalangan berlaku di kilometer 251, Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) berhampiran dengan susur keluar Plaza Tol Cheneh, Kemaman, pada Sabtu.
Dalam nahas kira-kira jam 3.15 petang itu mengakibatkan mangsa Mohd Yusuf Hamat, 56 tahun, maut di lokasi kejadian.
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX 5 datang dari arah Kuantan, Pahang, menuju ke Kuala Terengganu.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki oleh tiga sekeluarga.
Impak dari perlanggaran itu mangsa dikatakan tercampak ke atas jalan raya.
Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke unit forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Astro Awani
Sat Aug 10 2019

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX 5 datang dari arah Kuantan, Pahang, menuju ke Kuala Terengganu. - Foto Astro AWANI

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang kereta di LPT2
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang sedang berhenti di tepi jalan ekoran mengalami kerosakan.