TANJUNG MALIM: Dua wanita, yang dipercayai menunggang motosikal secara berbahaya dan melulu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), seperti tular di media sosial, menyerah diri kepada pihak polis malam tadi.
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, suspek hadir di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, kira-kira jam 9.10 malam, untuk membantu siasatan.
Menurutnya, suspek berumur antara 18 dan 21 tahun serta berasal dari Pulau Indah, Selangor.
Terdahulu, katanya, kira-kira jam 2 petang semalam, tular rakaman video di media sosial mengenai sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya dan melulu di PLUS arah utara, di kawasan Behrang - Slim River.
“Siasatan mendapati sekumpulan penunggang yang terdiri daripada dua orang wanita dipercayai dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh, melalui Lebuhraya Utara-Selatan.
“Apabila tiba di kawasan Rehat dan Rawat Behrang, mereka melakukan aksi berbahaya dengan meluruskan kaki ke belakang (superman) serta zig-zag ke kanan dan kiri jalan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurutnya, hasil daripada percakapan suspek, kejadian berlaku pada Ahad lalu di Kilometer 375.9 lebuh raya berkenaan.
Katanya, kedua-dua suspek akan diberi jaminan polis selepas selesai tindakan dan siasatan dilakukan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksima lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun, jika sabit kesalahan.
Mohd Hasni menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan berbahaya di atas jalan raya kerana bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jul 13 2023

Tangkap layar rakaman video yang menunjukkan aksi berbahaya dilakukan dua wanita di KM375.9 Lebuh raya Utara Selatan berhampiran kawasan Behrang ke Slim River pada 9 Julai lalu. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Anggota TDM terlanggar penunggang motosikal ketika pendaratan payung terjun
Menerusi kenyataan Markas Tentera Darat pada Isnin, perubahan arah angin sebelum pendaratan atau final approach menyebabkan anggota terbabas dari zon pendaratan ditetapkan.

Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Penunggang motosikal maut leher terkena kabel telekomunikasi
Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren.

SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis.

Pelajar Tingkatan Satu maut dalam kemalangan motosikal
Kemalangan kira-kira pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada anggota badan.

Operasi Khas Motosikal: JPJ keluarkan lebih 130,000 notis kesalahan sejak November
Antara kesalahan tertinggi ialah tiada lesen memandu (38,754 kesalahan), cukai jalan tamat tempoh (28,897) dan tiada perlindungan insurans (26,095).

Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.